Select Page

10 insiden berdarah bola sepak dunia

10 insiden berdarah bola sepak dunia

TRAGEDI Kanjuruhan malam tadi, bemula dengan kekalahan 2-3 pasukan Arema FC ketika melayan kunjungan Persebaya Surabaya sehingga menjadikan insiden terbabit sebagai yang paling buruk dalam sejaerah bola sepak apabila dilaporkan lebih 120 kehilangan nyawa.

Tidak dapat dinafikan, insiden sedemikian bukannya baru dalam dunia bola sepak.

Sebelum ini, pernah terjadi insiden yang meragut banyak nyawa, kita singkap peristiwa bersejarah terbabit.

Bencana Stadium Nasional Peru (1964)

Tragedi Stadium Nasional Peru, rusuhan penyokong mengakibatkan 318 nyawa menjadi korban

Tragedi di Stadium Nasional Peru 1964, dipercayai tragedy paling dahsyat dalam sejarah. Insiden berlaku pada perlawanan kelayaan Olimpik antara Peru dan Argentina. Kejadian bermula apabila penyokong tuan rumah tidak berpuas hati dengan dua gol pasukan yang dibatalkan pengadil. Rusuhan berlaku hingga mengakibatkan 318 nyawa terkorban, manakala 500 lagi mengalami kecederaan serius.

Tragedi Ghana (2001)

Tragedi Ghana, mengorbankan 126 nyawa

Insiden berdarah di Ghana pula membabitkan dua kelab gergasi negara Afrika itu, Hearts of Oak menentang Asante Kotoko pada aksi di Stadium Accra. Polis melepaskan tembakan gas pemedih mata ke arah penonton menyebabkan seluruh stadium uru-hara. Sekurang-kurangnya 70,000 penonton panik mahu keluar dari stadium, menyebabkan ada yang terjaduh lalu dipijak hingga menumpaskan 126 nyawa dan mengakibatkan lebih banyak kecederaan.

Tragedi Guatemala (1996)

Tragedi Guatemala, 80 nyawa terkorban

Tragedi yang berlaku di Stadium Nasional Mateo Flores, Kotaraya Guatemala itu, berlaku pada 16 Oktober 1996. Bagaimanapun, insiden berlaku sebelum sepak mula perlawanan kelayakan Piala Dunia antara Guatemala dan Costa Rica. Penonton berebut dan berasak-asak mahu memasukit stadium mennyebabkan ramai yang dipijak dan sesak nafas hingga 80 nyawa terkorban dan 180 lagi mengalami kecederaan.

Tragedi Hillsborough (1989)

Tragedi Hillsborough meragut 96 nyawa termasuk sepupu Steven Gerard

Tragedy Hillsborough adalah insitedi paling mengerikan di liga Inggeris yang menjadi salah satu liga terbaik dunia. Insiden berlaku pada aksi Piala FA antara Liverpool dengan Nottingham Forest pada 15 April 1989. Sepanjang perlawanan berlangsung, polis membuka salah satu laluan yang membolehkan ramai penyokong di luar, memasuki stadium. Hal itu menyebabkan ramai bersesak masuk hingga membunuh 96 nyawa dan 776 lagi mengalami kecederaan. Antara korban dalam tragedy itu adalah sepupu pemain lagenda Liverpool, Steven Gerard yang ketika itu berusia 10 tahun.

Bencana Kathmandu (1988)

Bencana Kathmandu mengorbankan 93 nyawa

Bencana Kathmandu pula menjadi bencana terburuk melibatkan dunia bola sepak yang diakibatkan bencana alam. Kira-kira 30,000 penyokong bolasepak yang menonton perlawanan antara Nepal dan Bangladesh di Stadium Nasional, Kathmandu, Nepal, pada 12 Mac 1988, tiba-tiba dilanda gempa bumi kuat, hingga peminat bola sepak berebut keluar dari stadium menyebabkan 93 terbunuh.

Bencana Stadium Port Said (2012)

Rusuhan Penyokong di Port Said menyebabkan 79 maut

Bencana ini antara terbaru dialami dunia. Insiden terjadi ketika Al-Masry mengalahkan Al-Ahly dengan jaringan 3-1. Sebaik tamat perlawanan, ribuan penyokong Al-Masry berjalan menuju ke arah tempat duduk penyokong pelawat dan menyerang penyokong Al-Ahly menggunakan senjata seperti pisau, botol dan pedang. Akibat rusuhan itu, 79 maut dan 1,000 lagi mengalami kecederaan.

Tragedi Puerta 12 (Argentina)

Tragedi Puerta 12, meragut 71 nyawa tidak berdosa

Tragedi Puerta 12 berlaku di Stadium Monumental, Beunos Aires pada 23 Jun 1968, membabitkan perlawanan dua kelab besar Argentina, River Plate menentang Boca Juniors.

Sekelompok peminat secara tidak sengaja menujur kea rah pintu keluar yang ditutup sebaik perlawanan bermula. Akibatnya, penyokong sebelah dalam yang berada di hadapan pintu ditutup itu dihentak keras pintu yang ditolak sekelompok peminat dari luar. Akibatnya, 71 terbunuh dan puluhan lagi cedera.

Bencana Ibrox (Scotland)

Bencana Ibrox meragut 66 nyawa terkorban

Insiden tersebut berlaku pada pertemua Rangers dengan Celtic, pada 2 Januari 1971. Penyokong Rangers memilih meninggalkan stadium lebih awal ketika Celtic mendahului, namun kerana jumlah penonton terlalu ramai menyebabkan tangga runtuh, 66 hilang nyawa dan lebih 200 lagi mengalami kecederaan.

Bencana Stadium Bradford City

Kebakaran bumbung Stadium Bradford City meragut 56 nyawa penyokong

Bencana Stadium Bradford City adalah bencana terburuk sejarah bola sepak Inggeris apabila berlaku kebakaran. Api dipercayai berpunca daripada seorang peminat yang melemparkan punting rokok ke celah kerusi, mula membakar kelompok sampahdan melarat ke atap tribun hingga serpihan atap menimpa penonton. Seramai 56 penyokong maut dan lebih 450 mengalami kecederaan.

Tragedi Munich

Lapan Busby Babes yang terkorban dalam nahas udara Tragedi Munich

Tragedi ini dikenang kerana melibatkan lapan pemain berbakat Manchester United yang digelar “Busby Babes” terkorban dalam nahas udara yang mengorbankan keseluruhan 23 nyawa. Penerbangan British European Airways itu berlepas dari Munich, Jerman selepas pasukan terbabit lolos ke separuh akhir Piala Eropah yang kini digelar Liga Juara-Juara.

Video Terkini

Loading...