SERAMAI 20 orang pengadil wanita sedang mengikuti kursus empat hari di Hotel TH, Kelana Jaya yang bermula Jumaat hingga Isnin ini.

Kursus ini adalah sebagai persiapan pengadil-pengadil berkenaan menjelang saingan Liga Wanita Nasional (LWN) 2023 yang akan berlangsung dari 29 Julai ini hingga 29 November depan.

Instruktur yang terlibat terdiri daripada Abdul Basith Abdul Hamid, salah seorang Ahli Jawatankuasa Pengadil FAM serta Kamaruzaman Soeed.

Timbalan Presiden FAM, Datuk S. Sivasundaram selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM merasmikan kursus berkenaan.May be an image of 1 person, musical instrument, dais and text

May be an image of 12 people, people studying and text

May be an image of 11 people and text

May be an image of 10 people, people playing basketball and text