SEBAIK sepak mula, kedua-dua pasukan mempamerkan aksi berintensiti tinggi, apabila masing-masing kelihatan yakin ketika mengawal bola.
Mesikpun Denmark melaungkan mereka pilihan pada pertemuan itu, Tunisia tampak gagah melakukan serangan dan sehingga minit kesembilan, wakil Afrika itu sudah meledakkan dua cubaan tepat.
Pada minit ke-12, Tunisia hampir di depan apabila Draeger melepaskan rembatan namun bola terkena Christensen lalu keluar.
Pada minit ke-22, Jembali berjaya meledakkan jaringan apabila cubaannya menerjah jaring membuatkan penonton bersorak, namun jaringan itu tidak dikira kerana bendera ofsaid sudah diangkat pembantu pengadil.
Di sebalik cubaan-cubaan tepat pemain Tunisia, Denmark menguasai 56 peratus perlawanan. Mereka hampir di depapn apabila olsen berjaya meloloskan diri dan melakukan rembatan ke arah penjuru gawang Tunisia, sebelum pertahanan, Abdi menafikan jaringan buat Denmark, pada minit ke-31.

Penyerang Tunisia, Jebali mengawal bola, dalam aksi antara Tunisia menentang Denmark
Pada minit terakhir babak pertama, Denmark diulit kebimbangan apabila tonggak tengah bertahannya, Thomas Delaney mengalami kecederaan dan terpaksa dikeluarkan, diganti diganti pemain sayap mnuda, Mikel Damsgaard, sekali gus memaksa Denmark mengubah taktikal permainan di babak kedua.
Gerakan saling berbalas serangan tanpa jaringan itu, berlarutan ke babak kedua dan perubahan taktikal dilakukan jurulatih Tunisia Jalel Kadri, membuatkan penjaga gol Denmark, Kasper Schmeichel individu paling sibuk.
Pada minit ke-58, Kasper Dolger hampir meletakkan Denmark di depan apabila menanduk hantaran lintang namun berjaya ditepis penjaga gol Tunisia, Aymen Dahmen.

Masuk minit ke-66, permainan masih berlangsung tanpa jaringan membuatkan Denmark melakukan tiga pertukaran pemain serentak, membawa masuk Mathias Jensen, Andreas Cornelius dan Jasper Lindstrom menggantikan Andres Skov Olsen, Kasper Dolberg dan Simin Kjaer.
Kedudukan masih tidak berubah, kini giliran Tunisia membuat dua pertukaran serentak memasukkan Hannibal Mejbri danTaha Yassine Khenissi menggantikan Issam Jebali dan Youssef Msakni pada minit ke-80 dan dua lagi pertukaran pada minit ke-88.
Tunisia hampir meraikan keputusan seri tanpa jaringan, tapi perlu menunggu kerana perlawanan diheret ke masa tambahan.
Ketika memasuki minit ketiga masa tambahan, Denmark meminta sepakan penalti namun semakan video pembantu pengadil (VAR) mengesahkan tiada penalti membuat pemain Tunisia kegembiraan, sebelum permainan ditamatkan dengan keputusan seri tanpa jaringan.
Keputusan itu membolehkan kedua-dua pasukan berkongsi satu mata dalam kumpulan D, sementara menantikan perlawanan antara Australia menentang Perancis.