NEYMAR merintih kesakitan ketika memeriksa keadaan buku lali kanannya ketika Brazil mencapai kemenangan 2-0 ke atas Serbia.
Pemain itu kelihatan menjingkit meninggalkan padang dan tidak dapat meraikan kemenangan pasukannya.
Pemain berusia 30 tahun itu telah digantikan pada minit ke-79 perlawanan Kumpulan G Piala Dunia selepas dikasari sebanyak sembilan kali.
Neymar's ankle 👀 pic.twitter.com/XrvvaNz7CK
— ESPN FC (@ESPNFC) November 24, 2022
Neymar's ankle 👀 pic.twitter.com/XrvvaNz7CK
— ESPN FC (@ESPNFC) November 24, 2022
Descobriram a técnica pra tirar bola do Neymar KKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK pic.twitter.com/PM1paTwOGu
— memes sem sentido pra sua vida ter um (@sacoliro) November 24, 2022
Pemain Serbia jelas menjadikan Neymar sasaran dengan memberi layanan “istimewa” kerana 15 pemain lain yang diturunkan jurulatih Brazil, Tite secara purata hanya dikasari tiga kali.
◎ Most fouls won in a single game at the 2018 World Cup: Neymar (10 vs. Switzerland)
◉ Most fouls won in a single game at the 2022 World Cup: Neymar (9 vs. Serbia)
It may have come at a price.#FIFAWorldCup pic.twitter.com/bwm5JOKDTA
— Squawka (@Squawka) November 24, 2022
Menerusi tiga kesalahan melakukan kekasaran ke atas Neymar, pengadil perlawanan dari Iran, Alireza Faghani melayangkan kad kuning kepada Sasa Lukic, Nemanja Gudelj dan Strahinja Pavlovic.
Menerusi sebuah akaun Twitter ‘Squawka’, mereka membuat analisa Neymar dikasari sembilan kali pada perlawanan pertama Piala Dunia 2022 ketika menentang Serbia awal pagi tadi.
Manakala pada kempen Piala Dunia 2018, Neymar dikasari 10 kali kali pada perlawanan menentang Switzerland.