Select Page

Indonesia Masters: “Kita main tenang hari ini”, Aaron-Wooi Yik ke suku akhir

Indonesia Masters: “Kita main tenang hari ini”, Aaron-Wooi Yik ke suku akhir

BEREGU lelaki nombor dua dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik mempamerkan persembahan bertenaga di pusingan kedua Indonesia Masters apabila menyingkir juara Terbuka India minggu lalu, Liang Wei Keng-Wang Chang dari China.

Gandingan utama negara itu berjaya membalas dendam dek kekalahan di final Terbuka India denagn kemenangan 22-20, 21-13.

Kemenangan itu membolehkan Aaron-Wooi Yik meneruskan kemaraan ke suku akhir Indonesia Masters dan baal membuat perhitungan dengan satu lagi gandingan China, He Ji Ting-Zhou Hao Dong yang mentatasi pemain kelayakan Indonesia, Sabar Karyaman-Moh Reza, 22-20, 21-17.

“Kita bermain lebih tenang kali ini dan menggunakan pengalaman yang kita ada untuk menewaskan mereka,” kata Aaron sejurus selepas perlawanan.

Sebelum pertemuan pagi tadi, gandingan Wei Keng-Wang Chang memegang rekod pertemuan 3-0 ke atas gandingan negara namun rekod pertemuan itu dikurangkan kepada 3-1 hari ini.

Sebelum ini, Pengarah Kejurulatihan Beregu Rexy Mainaky memberitahu, prestasi Aaron-Wooi Yik di Terbuka India menghampiri kemuncak sebagaimana ketika muncul juara dunia tahun lalu.

Video Terkini

Loading...