Select Page

“Hamidin paling layak terpilih Exco Fifa 2023” – Raja Isa

“Hamidin paling layak terpilih Exco Fifa 2023” – Raja Isa

DATUK Hamidin Mohd Amin adalah calon paling layak menjadi Ahli Majlis Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) yang baharu bagi pemilihan ahli jawatankuasa eksekutif Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) penggal 2023-2027 pada 1 Februari depan di Manama, Bahrain.

Pandangan itu disuarakan jurulatih antarabangsa Malaysia, Raja Isa Raja Akram Shah yang yakin Hamidin berupaya membawa perubahan kepada sukan kegemaran nombor satu rakyat negara ini dan dunia.

Raja Isa berkata, Hamidin berpengalaman luas dalam pentadbiran bola sepak dan pasti mempunyai idea cara untuk memajukan lagi sukan itu khususnya membuktikan Asia juga mempunyai pemimpin berkaliber di arena bola sepak global.

“Selaku Presiden FAM, Hamidin amat berpengalaman dan memahami senario bola sepak negara masa kini.

“Beliau punyai hubungan yang baik dengan Gabungan Bolasepak Asia (AFC) dan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa).

“Saya fikir sudah waktunya Asia di beri kesempatan terajui Fifa. Saya juga berharap Hamidin terpilih Exco FIFA 2023,” katanya kepada FLASH SUKAN pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN : “Inilah masanya untuk orang Asia menerajui Fifa” – Djohar Arifin

Turut dicalonkan enam individu lain iaitu Presiden Persatuan Bolasepak Qatar (QFA), Sheikh Hamad Khalifa Ahmed Al-Thani, Presiden Persekutuan Bolasepak Asia Timur (EAFF), Du Zhaocai dari China, Presiden Persatuan Bolasepak Jepun (JFA) Kohzo Tashima, Presiden Persatuan Bolasepak Korea Selatan (KFA), Chung Mong Gyu, Presiden Persatuan Bolasepak Filipina, Mariano Araneta, Jr dan Presiden Persatuan Bolasepak Arab Saudi, Yasser H. Almisehal.

Semalam, bekas Pengerusi Ketua Umum Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI), Djohar Arifin Husin juga berpendapat, sekiranya orang Asia menerajui Fifa, sudah tentu keprihatinan terhadap perkembangan bola sepak di Asia akan menjadi lebih tinggi.

Kongres Fifa akan bersidang di Kigali, Rwanda, Afrika pada 16 Mac 2023 bagi memilih calon yang baharu.

Video Terkini

Loading...