Select Page

Akhirnya tahun Ke-6 Anas berjaya tawan Menara KL di tempat pertama

Akhirnya tahun Ke-6 Anas berjaya tawan Menara KL di tempat pertama

PELARI Kuala Lumpur International Towerthon Challenge (KLTITC) kategori Terbuka Lelaki, Anas Rosli menegaskan telah menjalani latihan intensif sebagai persiapan menyertai Kejohanan KL Tower International Towerthon Challenge 2022 yang diadakan di Kuala Lumpur.

“Ini dah masuk enam tahun saya ikuti kejohanan ini. Sebelum ini saya dapat nombor 6, nombor 3. Ini kali pertama saya dapat nombor satu.

“Saya menjalani latihan bukit, latihan tower. Duit ini akan saya belanjakan untuk membeli kasut atau menyertai acara lain selepas ini,” katanya.

Pengarah Urusan KLTITC, Chang Yi Hern

Sementara itu, Pengarah Urusan KL Tower International Towerthon Challenge (KLTITC), Chang  Yi Hern menganggap penyertaan peserta dari golongan Orang Kurang Upaya adalah simbolik kepada semangat kesukanan tanpa mengira latar belakang masyarakat.

Menjelang bulan kemerdekaan 2022, kejohanan sebegini merupakan tarikan kepada peserta dan pelancong dari luar negara untuk merancakkan ekonomi negara

“Untuk acara kali ini, ada ramai atlet Orang Kurang Upaya (OKU) yang tidak boleh mendengar, tidak boleh bercakap tetapi kita tidak menjemputnya.

“Mereka datang dengan sendiri. Ini juga menunjukkan bahawa acara ini terbuka kepada semua lapisan masyarakat.

Suasana Larian International Towerthon Challenge

” Saya rasa kejohanan ini sangat ikonik, acara larian di Malaysia. KL Tower Run telah menghentikan kejohanan untuk dua tahun sebelum ini ekoran pandemik Covid-19.

” Saya rasa sempena bulan kemerdekaan ia sangat baik untuk kembali melancarkan acara ini dan menerima penyertaan dari beberapa buah negara luar,” ujarnya selepas majlis penyampaian hadiah pemenang.

Terdahulu, larian tersebut disertai lebih 2000 peserta dari 16 buah negara dengan juara bagi kategori terbuka akan membawa pulang wang tunai berjumlah RM 1000 untuk tempat pertama, RM 500 untuk naib johan dan RM 250 untuk tempat ketiga.

Manakala bagi kategori veteran pula, juara membawa pulang RM 500, naib juara RM 250 dan RM 100 bagi pemenang tempat ketiga.

Video Terkini

Loading...