
Kisah sedih, kontroversi dan kejayaan sukan tanah air sepanjang 2022

TIRAI tahun 2022 berlabuh dengan penuh suka duka bagi dunia sukan tanah air dengan pelbagai pencapaian dan peristiwa.
Jom imbas kembali apa yang berlaku sepanjang tahun ini.
4 JANUARI: Juara terjun dunia 2017, Cheong Jun Hoong mengumumkan persaraannya selepas 22 tahun harumkan nama Malaysia.
Beliau turut memenangi pingat gangsa Kejohanan Dunia sama di Budapest, dalam acara 10m terjun seirama.
Jun Hoong, turut menjuarai Kejohanan Terjun Siri Dunia di Montreal 2018 dalam acara terjun seirama 10m platform, selain meraih pingat perak acara sama di temasya Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro.

Juara Dunia Budapest 2017, Cheong Jun Hoong memutuskan bersara pada usia 31 tahun.
12 MAC : Ratu gimnastik negara, Farah Ann Abdul Hadi mengucapkan ‘selamat tinggal’ selepas 25 tahun berkecimpung dalam sukan itu.
Pencapaian terbaiknya adalah layak beraksi di pentas Olimpik buat pertama kali di Tokyo, tahun lalu, yang menyaksikan beliau menduduki tempat ke-68 daripada 85 peserta pada pusingan kelayakan acara all-around individu.

Selamat tinggal arena gimnastik artistik.
22 MAC : Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang dinobatkan sebagai Olahragawan Kebangsaan kali keempat dalam Anugerah Sukan Negara 2019/2020, manakala Tan Cheong Min menjadi wusyu pertama muncul Olahragawati Kebangsaan 2019/2020.
30 APRIL : The Pocket Rocket, Azizulhasni Awang menjalani pembedahan jantung akibat masalah arteri koronari kanan yang menyalur arah dari aorta di posisi janggal/ganjil (AAORCA) di Hospital Epworth Richmond, Melbourne, Australia.
12-23 MEI : Malaysia mencapai sasaran minimum pada Sukan SEA di Vietnam apabila meraih 39 pingat emas, 45 perak, 90 gangsa.
14 JUN: Penantian 43 tahun terlerai apabila Harimau Malaya akhirnya layak ke Kejohanan Asia 2023 selepas menang 4-1 ke atas Bangladesh dalam aksi terakhir Kumpulan E.
28 JULAI-8 OGOS: Malaysia mengatasi sasaran enam pingat emas yang diletakkan dalam Sukan Komanwel di Birmingham apabila membawa pulang tujuh emas, lapan perak dan lapan gangsa.
1 OGOS : Pelari remaja berusia 18 tahun, Muhammad Azeem Fahmi memecah rekod 100 meter (m) lelaki kebangsaan dengan catatan 10.09 saat (s) pada Kejohanan Remaja Dunia di Colombia.
6 OGOS: Ng Joe Ee cipta sejarah raih tiga emas di Sukan Komanwel, Birmingham.
28 OGOS : Aaron Chia-Soh Wooi Yik muncul pemain negara yang pertama bergelar juara dunia badminton selepas memenangi acara beregu lelaki menewaskan Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan dari Indonesia.
8 SEPTEMBER : Malaysia mengesahkan tiket ke kejohanan hoki Piala Dunia 2023 selepas layak ke peringkat Super 4 Piala Asia 2022 di Jakarta.
25 SEPTEMBER: Johor julung kali muncul juara keseluruhan Sukan Malaysia (Sukma) 2022 dengan mermaih 77 emas, 52 perak dan 43 gangsa.
22 OKTOBER : Kuala Lumpur City memahat sejarah marah ke final Piala AFC sebelum tumpas 0-3 kepada kelab Oman, Al Seeb.
10 NOVEMBER : Skuad hoki melakar sejarah muncul juara Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah kali pertama selepas 39 tahun penganjuran kejohanan itu.
11 NOVEMBER : Lim Kok Leong muncul rakyat Malaysia pertama meraih kejuaraan Kejohanan Snuker Amatur Dunia di Antalya, Turki.
18 NOVEMBER : Pemegang rekod 100m kebangsaan Mohd Azeem Fahmi menerima tawaran melanjutkan pelajaran ke universiti Auburn, Amerika Syarikat.

Azeem Fahmi sah diterima meneruskan pengajian di Universiti Auburn di Amerika Syarikat
26 NOVEMBER : Johor Darul Ta’zim muncul pasukan pertama merangkul empat kejuaraan dalam liga domestik – Piala Malaysia, Liga Super, Piala FA dan Piala Sumbangsih, malah tidak kalah semua perlawanan
2 DISEMBER : Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan, menggantikan bekas Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, manakala Adam Adli Abdul Halim diumum sebagai timbalan menteri.

Hannah Yeoh dilantik Menteri Belia dan Sukan baharu.
21 DISEMBER: BAM umum pelantikan bekas juara dunia dua kali beregu campuran, Nova Widianto sebagai jurulatih beregu campuran negara.
KEMATIAN
12 JANUARI : Bekas pemain bola sepak kebangsaan Malaysia, Serbegeth Singh atau lebih dikenali sebagai Shebby Singh meninggal dunia ketika sedang berbasikal di sekitar Sunway Iskandar Puteri, Johor Bharu.
Mendiang Shebby Singh pernah dilantik sebagai penansihat global kelab Liga Perdana Inggeris, Blackburn Rovers pada 2012.
9 JULAI : Bekas pemenang pingat emas Sukan SEA acara 110 meter lari berpagar, Zulkifli Mohd Yatim meninggal dunia akibat kanser hidung pada usia 59 tahun.
16 JULAI : Bekas Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi meninggal dunia pada usia 83 tahun.
Mendiang menumpukan kerjayanya kepada MOM tanpa apa-apa imbuhan sepanjang berkhidmat sebagai Setiausaha Kehormat dari 1992 hingga 2013 dan Setiausaha Agung (2013-2015) serta Penolong Setiausaha Agung (2015-2018).
28 JULAI: Bekas Yang Dipertua Persatuan Hoki Wanita Malaysia, Tok Puan Zainon Hussein meninggal dunia pada usia 85 tahun.
3 OGOS : Legenda badminton negara, Datuk Ng Boon Bee, salah seorang daripada pemain beregu badminton terhebat negara dan membantu Malaysia menang Piala Thomas pada 1967, meninggal dunia pada usia 84 tahun kerana ‘aneurisme’ di Ipoh, Perak.
15 OGOS : Bapa sukan bina badan negara, Datuk Gan Boon Leong, meninggal dunia akibat lemah jantung, pada usia 84 tahun.
15 OKTOBER : Pelumba drag, Muhamad Hafez Jamal Jamaludin, 39, meninggal dunia dalam perlumbaan drag Battle of The Kings di Litar Permotoran Terengganu, Gong Badak.
17 OKTOBER : Pemain pertahanan Petaling Jaya City, Rajes Perumal meninggal dunia pada usia 35 tahun akibat kemalangan jalan raya.
29 NOVEMBER: Legenda bola sepak Kelantan, Hashim Mustapha meninggal dunia pada usia 57 tahun selepas mengalami masalah komplikasi kencing manis.
17 DISEMBER: Legenda bola sepak negara dan Pulau Pinang, Salahuddin Che Ros meninggal dunia akibat sakit jantung.
KONTROVERSI
19 JANUARI : Pemain No 1 negara, Lee Zii Jia mengambil keputusan mengejut meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM). Dia pada mulanya digantung 2 tahun, namun penggantungan kemudian dibatalkan.
28 APRIL : Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) ‘digantung sementara’ daripada sebarang aktiviti berkaitan sukan berkenaan oleh Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF).
22 JUN : Lee Zii Jia menarik diri daripada menyertai skuad kebangsaan ke Sukan Komanwel, Birmingham.
18 MEI : Mohd Azeem Fahmi dibatalkan di blok permulaan peringkat saringan 100m Sukan SEA Hanoir.
6 OGOS : Jurulatih gimnastik berirama negara berasal dari Rusia, Yulia Ivanova dan Udia Legotina tidak dibenar mengiringi atlet negara di Sukan Komanwel, kerana polemik politik antarabangsa antara Russia dan Ukraine.
23 OGOS : Mohd Saifuddin Abu Bakar meletak jawatan sebagai Setiausaha Agong Persatuan Bolasepak Malaysia sebelum diganti dengan Noor Azman Rahman.
21 SEPTEMBER : Tiga atlet Sukma dari Perlis dan Terengganu disahkan positif doping oleh Agensi Anti Dadah Malaysia (Adamas).
1 NOVEMBER : Melaka United dan Sarawak United disingkirkan daripada Piala Malaysia kerana isu tunggakan gaji. Kedua-dua pasukan juga digugurkan dari Liga Super musim 2023.

Chan Peng Soon-Cheah Yee See bergelut mencari kemenangan, mengundur diri daripada BAM
3 NOVEMBER : Pemain beregu campuran badminton, Chan Peng Soon, Cheah Yee See dan Peck Yen Wei bertindak keluar dari payung Persatuan Badminton Malaysia (BAM).