KEMPEN Kelayakan Piala Asia B-17 2023 yang sedang berlangsung di Bogor, Indonesia sah akan berlangsung tanpa kehadiran penonton.
Perkembangan terkini itu dimuatnaik Facebook Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) pada Isnin.
“Demi keselamatan dan keselesaan bersama serta menghormati dan menghormati saudara-saudara kita yang sedang berduka atas kejadian yang berlaku di Stadium Kanjuruhan, Malang.
“Dengan ini, Kelayakan Piala Asia B-17 FIFA 2023 secara rasmi akan diadakan tanpa penonton.
“Sistem bayaran balik akan digunakan untuk anda yang telah membeli tiket.
“Ayuh teruskan menyokong Pasukan B-17 Indonesia dari kaca TV,” kata kenyataan itu.
Selain tuan rumah, saingan Kumpulan B disertai Guam, Palestin, Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Sementara itu, PSSI berkeyakinan badan induk bola sepak negara itu tidak berdepan penggantungan dari FIFA.
Setiausaha Agungnya, Yunus Nusi berkata, pihaknya mengambil inisiatif segera berkomunikasi dengan badan induk dunia itu, demi memastikan sebarang hukuman penggantungan dikenakan akibat rusuhan di Stadium Kanjuruhan Sabtu lalu.
Mengulas mengenai kemungkinan digantung FIFA, Yunus mengaku belum ada gambaran mengenainya namun beliau yakin FIFA tidak akan mengambil keputusan terburu-buru.