PENGADIL hoki antarabangsa negara, Anbananthan Rawi, mencipta sejarah dalam kariernya apabila dianugerahkan Golden Whistle setelah berjaya mengadili 100 perlawanan antarabangsa.
Pencapaian berprestij ini dimeterai dalam saingan FIH Men’s Hockey Pro League 2024/2025 ketika perlawanan antara India dan Sepanyol di Rourkela, India.
Anbananthan kini menyertai kelompok eksklusif pengadil dunia yang telah mencapai jumlah perlawanan antarabangsa tersebut, sekali gus mengharumkan nama Malaysia di persada hoki antarabangsa.