PENDAHULU Liga Perdana Inggeris, Arsenal menempah pertemuan dengan Manchester City di pusingan keempat Piala FA selepas menewaskan kelab divisyen tiga, Oxford United 3-0.

Ironinya, kemenangan itu tidak hadir dengan mudah apabila The Gunners hanya memperoleh gol di babak kedua, sumbangan Mohamed Elneny dan Eddie Nketiah.

Pada babak pertama, Oxfrord bermain dalam rentak yang mereka mahukan dan beberapa kali mengancam Arsenal dengan percubaan menarik, namun segalanya berubah selepas separuh masa pertama berakhir.

Bermula dengan tandukan deras Elneny, yang menyambung sepakan percuma Fabio Viera pada minit ke-63, Arsenal muha kelihatan terlalu kuat buat Oxford. Jaringan pertama penyerang Mesir buat kelabnya sejak Mei 2021 bagai mematikan jentera penggerak Oxford.

Elneny sujud selepas menjaringkan gol pertama Arsenal pada minit ke-63, pada perlawanan pusingan ketiga Piala FA antara Arsenal dan Oxford united. – Reuters

Nketiah mengesahkan kemaraan Arsenal dengan dua jaringan masing-masing pada minit ke-70 dan minit ke-76.

Kemenangan itu meneruskan musim baik buat skuad bimbingan Mikel Arteta yang akan berjunjung ke City hujung bulan ini.

Arsenal kini memenangi 14 perlawanan terakhir Piala FA menentang pasukan dari luar divisyen teratas bola sepak Inggeris. Wrexham menjadi pasukan terakhir yang tidak berada dalam dua liga teratas pernah menyingkirkan Arsenal pada Januari 1992.

“Dalam pusingan ini, sentiasa sukar untuk memenangi perlawanan,” kata Arteta kepada ITV Sport. “Anda perlu bersabar dan kami, menunggu pembukaan akan datang.

“Eddie menjaringkan gol dan menyumbang kepada cara kami bermain dan saya gembira untuknya. Dia perlu menjaringkan gol dan dia melakukannya.” -Reuters