PASUKAN Aston Martin memulakan impian besar dalam sukan Formula One (F1) dengan membawa semula juara dunia berganda Fernando Alonso ke podium pada usia 41 tahun.

Penampilan bekas juara dunia itu pada musim ke-20, sememangnya suatu yang terlalu indah untuk dikenang.

Pelumba ‘evergreen’ dari Sepanyol itu mula berani membincangkan soal kemenangan pada masa hadapan, selepas menamatkan pusingan pembukaan GP Bahrain di tempat ketiga, di belakang dua pelumba Rex Bull, Max Verstappen dan juara berganda, Sergio Perez.

Pasukan Aston Martin menamatkan saingan musim lalu di kedudukan ketujuh kategori pasukan, kini di kedudukan kedua mengatasi pasukan Ferrari dan Mercedes.

“Setelah anda menamatkan perlumbaan pertama di kedudukan ketiga, ada 22 peluang lagi musim ini.

“Anda juga tahu, apa sahaja boleh berlaku pada 22 perlumbaan akan datang yang terpaksa mengharungi kondisi berbeza. Malah anda juga tahu bahawa saya akan mencuba yang terbaik, mungkin kami memerlukan sedikit pertolongan.

“Mungkin dengan bantuan seperti ada pelumba di hadapan kami yang akan bersara tahun ini atau mereka berdepan masalah, kami mungkin dapat manfaatkan lebih daripada podium, Jadi mari kita harapkan begitu,” kata Alonso, mengenai kemungkinan kemenangan ke-33 dalam keriernya.

Alonso berkata, dia sudah dapat merasakannya sejak menguji litar bulan lalu, ‘terlalu indah jika menjadi kenyataan’.

Fernando Alonso mula mencongak kejuaraan pada GP akan datang. – Agency

Katanya, masih ada ruang untuk meningkatkan kemampuan kereta kerana ia masih dalam peringkat awal perlumbaan.

“Ini baru permulaan. Ia bukanlah kereta yang sudah sempurna, ia permulaan konsep dan kami akan melakukan perubahan sebaik musim sejuk tiba.

“Saya rasa, semua pasukan meneruskan falsafah tahun lalu. Red Bull atau Ferrari menggunakan reka bentuk sama, hanya dengan sedikit sentuhan menjadikannya sempurna.

“Bagi kami, ia lebih sukar. Kami perlu lakuan perubahan 95 peratus. Jadi saya rasa banyak lagi yang perlu kami pelajari dari jentera ini dan lebih banyak perubahan daripada pihak kami,” katanya.

Alonso bermula di petak kelima sebelum tercicir di kedudukan ketujuh apabila berlaku perlanggaran dengan rakan sepasukan dari Kanada, Lance Stroll yang menamatkan perlumbaan di kedudukan keenam, biarpun pelumba itu patah tulang pergelangan dan jari kaki akibat kemalangan basikal, dua minggu sebelum GP Bahrain.

Pelumba Sepanyol itu bangkit, memintas juara dunia tujuh kali Lewis Hamilton (Mercedes) dan Carlos Sainz (Ferrari). -Agensi