PENJAGA gol Kuala Lumpur City FC, Azri Ghani nyata gembira dengan aksi dia dan rakan-rakan sepasukan selepas bukan sahaja berjaya mencatatkan kemenangan pertama tetapi juga ‘clean sheet’ pertama buat dirinya musim ini.

Namun dia tidak mahu terbuai dengan kejayaan ini sebaliknya mahu memperbaiki aksi dari satu permainan ke permainan yang lain terutama komunikasi dengan pemain-pemain lain.

Azri juga berjaya memadam kekecewaan melakukan kesilapan ketika menentang Selangor FC minggu lalu yang dan akan menggunakan kesempatan yang diberikan Bojan Hodak untuk beraksi baik demi masa depannya.

“Alhamdulillah atas kemenangan pertama ini kerana kita dah lama tunggu dan akhirnya dapat beraksi dengan baik namun masih banyak yang perlu diperbaiki dari satu permainan ke permainan yang lain.

“Ketiadaan Kevin Mendoza yang tercedera memberikan saya peluang untuk beraksi dan saya akan guna peluang yang ‘coach‘ bagi ini untuk buktikan kemampuan dan perbaiki apa yang kurang demi masa depan saya.

TONTON VIDEO: https://youtu.be/OqoT5Xnw13k

“Kami masih perlu perbaiki komunikasi tetapi untuk hari ini saya sangat-sangat berpuas hati dengan persembahan. Kami sangat tertekan dan akhirnya dapat bermain sebagai satu keluarga dan dapat keputusan yang baik. Perkara ini sangat melegakan kami,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan.

Azri adalah antara prospek penjaga gol muda negara dan dia sejak menyertai KL City dari Perak, dia berjaya mencipta nama apabila beraksi cemerlang membantu skuad Warga Kota muncul naib juara Piala AFC pada 2022.