BEKAS penyerang Ireland dan Arsenal, Anthony Stokes direman dengan ikat jamin atas kesalahan dadah dan tuduhan memandu berbahaya.

Pemain berusia 34 tahun itu ditahan pada 6 Januari berikutan insiden memandu di Dublin dan bekas pemain Liga Perdana itu didakwa atas enam kesalahan di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah dan Akta Trafik Jalan Raya namun dibenarkan  diikat jamin untuk hadir di Mahkamah Daerah Dublin.

 

Stoke memulakan kerjaya profesional bersama Arsenal ketika berusia 15 Tahun.

Stokes, dituduh memiliki kokain secara menyalahi undang-undang dan memilikinya untuk tujuan penjualan atau pembekalan.

Dia juga mempunyai empat pertuduhan memandu berbahaya dengan cara, termasuk kelajuan serta tidak memiliki lesen memandu atau insurans dan gagal mengemukakannya dalam tempoh sepuluh hari.

Tertuduh, yang berdiri sepanjang perbicaraan singkat, berdiam diri dan masih belum menyatakan pengakuan.

Peguamnya, Lorraine Stephens membantah permintaan untuk syarat, sambil menambah bahawa anak guamnya telah pun diberi jaminan stesen atas pertuduhan yang lebih serius.

Stokes memulakan kerjayanya bersama pasukan simpanan Arsenal ketika berusia 15 tahun.

Dia membuat penampilan sulung dalam pasukan utama sebagai pemain gantian dalam Piala Liga menentang Sunderland pada 2005.

Stokes kemudian berpindah secara pinjaman ke Falkirk di mana dia menjaringkan 16 gol dalam 18 penampilan liga dan piala.

Pemain bola sepak itu telah dipindahkan oleh Arsenal ke Sunderland dengan harga 2 juta pound (RM10.3 juta) pada 2007.