Select Page

Potter ‘tenang-tenang’ sahaja

Potter ‘tenang-tenang’ sahaja

PENGENDALI Chelsea, Graham Potter mengagumi anak buahnya kerana menampilkan aksi memberangsangkan dalam pertemuan menentang Liverpool pada Sabtu malam.

Chelsea yang sebelum ini berdepan kesulitan mencari prestasi sebenar kembali menemui rentak apabila Kai Havertz berjaya menjaringkan gol buat Chelsea namun gol tersebut dibatalkan pengadil kerana ofsaid.

Potter turut memuji barisan pemainnya yang tenang meskipun berdepan dengan sorakan penyokong lawan yang begitu hebat di Anfield.

“Tahniah kepada pemain saya. Mereka tunjukkan ketahanan mental yang tinggi. Kita tenang berdepan dengan kritikan, tekanan dan suara-suara sumbang namun pemain mampu menghadapinya dengan tenang.

“Kita mempunyai beberapa peluang menerusi Kai Havertz tetapi gol tersebut dibatalkan kerana ofsaid.

“Tetapi saya memuji pemain saya kerana meskipun bertandang ke gelanggang keramat Liverpool dengan sorakan penyokong, namun mereka mampu menyerap tekanan dan beraksi dengan baik,” jelas Potter.

Liverpool dan Chelsea kini berkongsi 29 mata namun Liverpool berada di tangga kelapan liga manakala Chelsea berada dua anak tangga di bawah mereka di tangga ke-10 liga.

Video Terkini

Loading...