PEMAIN sayap Kuala Lumpur (KL) City, Fazrul Amir bersedia untuk berdepan bekaskelabnya, Kelantan Darul Naim (KDN) FC apabila kedua-dua pasukan itu berentap dalamaksi pertama peringkat 16 akhir Piala FA Isnin ini.
Meskipun pernah beraksi bersama pasukan itu ketika dikenali sebagai Kelantan United pada 2020, pemain berusia 25 tahun itu menegaskan keputusan menerima tawaran KL City musimini merupakan langkah tepat untuk perkembangan kariernya.
“Tiada masalah buat saya turun berdepan KDN FC dan saya bersedia memberikan aksiterbaik. Saya ke KL City kerana mahu membawa permainan saya ke aras lebih tinggi dan banyak belajar daripada rakan-rakan senior,” ujar Fazrul yang bertekad meraih kejuaraanpertama bersama KL City.
Tambahnya lagi, tunjuk ajar daripada pemain berpengalaman seperti Paulo Josue, SafawiRasid dan Giancarlo Galifuoco memberi keyakinan besar untuk mengharungi cabaran musimini, selain menyimpan impian untukkembali menyarung jersi skuad kebangsaan di bawahkendalian Peter Clamovski.
Selepas dua aksi Liga Super, pemain kelahiran Kelantan berusia 25 tahun ini adalah antarapemain tempatan yang sentiasa mendapat kepercayaan pengendali pasukan, Risto Vidakovic untuk mengisi posisi sayap kiri dalam kesebelasaan utama pasukan dan dijangkamengekalkan tempatnya untuk aksi berdepan The Real Warriors.
Dalam pada Vidakovic mengekalkan pendekatan sama buat pasukannya, iaitu membariskankesebelasan terbaik berdepan KDN FC dan tidak mahu barisan pemainnya mensia-siakan lagipeluang gol seperti ketika seri dengan Sabah FC 1-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur minggu lalu.

Meskipun skuad Warga Kota kini di tangga ketiga Liga Super dan KDN FC pula berada di tangga kedua tercorot dengan hanya satu mata selepas dua perlawanan, Vidakovic mengingatkan para pemainnya untuk tidak memandang mudah lawan.
“Dalam aksi sebelum ini kita sepatutnya menang tetapi perkara begini berlaku dalam bola sepak. Untuk aksi berdepan KDN, kita tidak boleh memandang rendah keupayaan merekadan pada masa sama juga kita memerlukan bekalan gol selesa untuk aksi timbal balik,” kata Vidakovic ketika ditemui selepas sesi latihan skuad KL City pada Sabtu.