KAPTEN UiTM FC, Arham Khussyairi dan rakan sepasukannya Azridin Rosli dikhabarkan bakal memperkuatkan Kuching City FC mengharungi musim 2023.

Ketika ini difahamkan urusan perpindahan Arham dan Azridin yang beraksi dibahagian tengah berada dalam proses terakhir dan bakal diperkenalkan kelab dalam masa terdekat.

Selain itu, Kuching City FC juga akan memperkenalkan bekas pemain Kelantan United FC, Mohamad Qayyum Marjoni Sabil.

Bekas pertahanan Kuala Lumpur musim 2020 ini yang beraksi diposisi pertahanan pernah  menyarung jersi Kelantan pada 2016-2017 dan PKNS FC (2018-2019) sebelum menyertai Kuala Lumpur (2020) dan Kelantan United FC (2021) antara tonggak pertahanan yang memiliki pengalaman khususnya dalam saingan Liga Super.