PERTAHANAN Belanda pemisah kejayaan ketika Belanda menang 3-1 ke atas Amerika Syarikat (AS) apabila pemain veteran, Daley Blind dan Denzel Dumfries terlibat langsung dalam jaringan The Oranje.
Dumfries meledak satu gol selain membantu dua lagi gerakan gol yang menyaksikan Blind menemui sasaran ketika Belanda memecahkan kekentalan AS seterusnya menempah tiket ke suku akhir untuk menentang Argentina atau Australia.
Penyerang, Memphis Depay mencipta gol pertama ketika Belanda mara ke suku akhir Piala Dunia buat kali ketujuh.

Memphis Depay meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan.
Belanda berhak meraih kemenangan berkenaan tetapi wujud persoalan sama ada mereka adalah pencabar serius untuk merebut Piala Dunia atau sebaliknyba.
Hal itu sering ditegaskan jurulatih, Louis van Gaal walaupun mengakui aksi sebentar tadi sepatutnya lebih bagus.
“Kita juga hilang banyak bola, dan ia tidak boleh diterima di Piala Dunia, terutama jika anda bermain menentang pasukan kelas tertinggi dunia,” katanya.
Skuad Van Gaal mempamerkan potensi dengan melakukan 20 hantaran bagi mendapatkan gol pertama pada minit ke-10 yang disudahkan Depay selepas menerima hantaran Dumfries.

Denzel Dumfries raikan jaringan ketika menentang AS.
Gol kedua Belanda sebelum tamat babak pertama, kelihatan hampir sama.
“Ia adalah gol yang menakjubkan, ada kecantikan mengenainya tetapi ia juga adalah gol berpasukan,” kata Van Gaal.
Pertahanan AS juga diasak pada kedua dua babak walaupun mereka juga ada peluang terutama menerusi Christian Pulisic pada minit ketiga namun penjaga gol, Andries Noppert berjaya menghalang cubaan berkenaan.

Louis Van Gaal gembira Belanda ke suku akhir namun akui banyak kelemahan.
“Kita bercakap mengenai permainan dan saat penting,” kata jurulatih AS, Gregg Berhalter yang negaranya akan menjadi tuan rumah bersama Piala dunia 2026.
“Kami menguasai permainan dan secara tiba-tiba kami ketinggalan 2-0. Itulah yang terjadi pada tahap seperti ini dan kami perlu belajar daripadanya.” – REUTERS