SEPANJANG hayat anda, sudah berapa edisi Piala Dunia anda tonton dan pernah saksikan kejutan besar yang berlaku?
Kejutan pastinya membabitkan kemenangan pasukan ranking bawahan ke atas pasukan ternama.
Mungkinkah akan berlaku lagi di Piala Dunia 2022? Pasukan mana agaknya akan menjulang trofi juara, siapakah penjaring terbanyak dan mampu mempamerkan aksi terbaik?
FLASH SUKAN mengajak anda menyorot kembali peristiwa-peristiwa besar yang berlaku pada edisi Piala Dunia lalu.

Penyerang AS Joe Gaetjens dijulang peminat selepas pasukannya menewaskan England 1-0 pada Piala Dunia.-AP
AS 1-0 England (1950)
Pasukan England selepas perang, dibarisi Alf Ramsey, Tom Finney dan Billy Wright, antara pilihan untuk menjulang trofi itu ketika membuat penampilan sulung Piala Dunia. Berbanding Amerika Syarikat (AS) yang mengumpul pekerja sambilan, termasuk buruh pencuci pinggan mangkuk, penghantar surat dan seorang guru. Kumpulan campuran itu berlatih bersama selama satu hari dan bertolak menaiki bot ke Brazil.
Tandukan Joe Gaetjens ketika menjaringkan gol pada minit ke-38 meletakkan AS di hadapan. Pada separuh masa kedua, England melancarkan serangan tanpa henti namun penjaga gol AS, Frank Borghi menghalang mereka daripada menjaringkan gol penyamaan sekali gus mencatatkan nama pasukannya ke dalam buku sejarah.

Dua kapten, Ferenc Puskas dari Hungary (kanan) dan Fritz Walter dari Jerman Barat bersalaman sebelum perlawanan akhir. – AP
Jerman Barat 3-2 Hungary (1954)
Pasukan Jerman Barat yang membuat kemunculan semula untuk memenangi perlawanan Piala Dunia tidak akan dianggap sebagai pasukan luar biasa.
Namun mereka kurang dikenali pada 1950-an dan berdepan pula skuad Mighty Magyars dari Hungary, yang dibarisi pemain bertaraf bintang diketuai Ferenc Puskas.
Hungary layak ke Piala Dunia di Switzerland sebagai pasukan pilihan dan melaksakan tugas mereka dengan menewaskan Korea Selatan 9-0 selain membelasah Jerman Barat 8-3 di pusingan awal.
Kedua-dua pasukan bagaimanapun bertemu lagi di final. Hungary menjaringkan dua gol pada separuh masa pertama dan seolah-olah mengulangi skrip sama, sehinggalah pihak lawan menjaringkan dua gol.
Permainan terikat sehingga minit ke-84 apabila Helmut Rahn menjaringkan gol keduanya dan mematahkan harapan Hungary. Kemunculan semula Jerman menentang salah satu pasukan terbaik dalam sejarah bola sepak itu mendapat jolokan “The Miracle of Bern”.

Pemain tengah Korea Utara, Pak Doo Ik (dua dari kanan) melepaskan rembatan menewaskan penjaga gol Itali, Enrico Albertosi. -AP/Bippa
Korea Utara 1-0 Itali (1966)
Fakta bahawa Korea Utara layak ke Piala Dunia di England cukup mengejutkan.
Tambahan pula ketika FA Inggeris mempertimbangkan untuk menolak visa pasukan Korea Utara di tengah-tengah perang dinginnya terhadap Korea Selatan yang disukai sekutu Barat.
Sementara Itali ketika itu diketuai Giacomo Bulgarelli yang cukup tersohor. Bagaimanapun, pemain tengah itu mengalami kecederaan semasa perlawanan memaksa Itali bermain dengan 10 orang kerana pertukaran pemain tidak dibenarkan pada masa itu.
Tujuh minit kemudian, Pak Doo Ik menjaringkan gol yang bukan sahaja membawa kemenangan buat pasukannya, malah menyingkirkan juara dunia dua kali itu.
Perlawanan itu dianggap sebagai salah satu kekecewaan terbesar dalam sejarah Piala Dunia, dan tiket perlawanan asalnya dipamer di muzium bola sepak FIFA.
Tempat gol dijaringkan juga ditandakan dengan tanda kancing besi selepas stadium dirobohkan untuk pembinaan taman perumahan.

Pemain Algeria, Lakhdar Belloumi (kiri) meraikan jaringan kedua dan kemenangan pasukan itu pada perlawanan Piala Dunia antara Algeria menentang Jerman Barat di Gijon, Sepanyol. – AP
Algeria 2-1 Jerman Barat (1982)
Jerman Barat melayakkan diri ke Piala Dunia 1982 sebagai juara bertahan Eropah, bekas pemenang dua kali dan salah satu pasukan pilihan.
Barisan pemain Jerman yang bertaraf bintang ketika itu termasuk Hansi Mueller, Wolfgang Dremmler, Karl-Heinz Rummenigge dan Lothar Matthäus.
Algeria, sebaliknya, pasukan yang terdiri daripada pemain tidak dikenali dalam bola sepak Barat tetapi telah menunjukkan prestasi yang baik sebelum Piala Dunia.
Sikap acuh tak acuh yang ditunjukkan pemain mematahkan hari mereka. Rabah Madjer menjaringkan gol pada minit ke-54, memberi kejutan pertama buat Jerman.
Rummenigge menyamakan kedudukan buat Jerman ketika itu sebelum jaringan kemenangan Algeria yang membuat Jerman Barat melopong.
Jaringan kemenangan itu disumbang Lakhdar Belloumi yang kini digelar lagenda.

Pasukan kebangsaan Cameroon meraikan jaringan ketika pasukan itu menentang Argentina di Piala Dunia. – AP/Luca Bruno
Cameroon 1-0 Argentina (1990)
Juara bertahan, pasukan digemari dan diketuai oleh pemain bola sepak terhebat dunia pada masa itu, Diego Maradona, Argentina dianggap berdepan laluan mudah di Piala Dunia 1982.
Apatah lagi, Cameroon ketika itu membuat penampilan sulung Piala Dunia mereka dan merupakan satu-satunya negara Afrika yang menyertai kejohanan itu. Mereka terdiri daripada pemain yang tidak dikenali kerana kebanyakannya bermain bola sepak kelab mereka di negara sendiri.
Perlawanan pembukaan Piala Dunia diadakan di Stadium San Siro yang hebat.
Walaupun Argentina bermula dengan baik, Cameroon pula beraksi tanpa tekanan.
Memasuki separuh masa kedua, Francois Omam-Biyik menanduk masuk gol tunggal perlawanan menerusi gerakan sepakan percuma, membolehkan Cameroon menang ke atas Argentina.

David Trezeguet dari Perancis berdepan situasi satu lawan satu dengan penjaga gol Senegal, Tony Sylvia pada perlawanan di Seoul, Korea Selatan. – AP
Perancis 0-1 Senegal (2002)
Perlawanan pembukaan Piala Dunia 2002 mempunyai semua subplot yang mungkin untuk dibuat untuk perlawanan yang menarik. Tetapi apa yang gagal dijangkakan oleh pakar dan pasukan Perancis ialah serangan Senegal yang dirancang teliti bagi menyekat serangan Perancis.
Ditambah dengan larian pantas El Hadji Diouf dan gol minit ke-30 dari Papa Bouba Diop, Senegal akhirnya berjaya menempatkan diri mereka berada di puncak kumpulan selepas tamat 90 minit perlawanan.
Itulah detik permulaan berakhirnya perjalanan Perancis pada 2002 selepas menempa satu lagi kekalahan dan seri. Senegal kemudiannya menjadi negara Afrika kedua yang layak ke suku akhir.

Pemain brazil meninggalkan padang selepas aksi separuh akhir menentang Jerman. -AP/Hassan Ammar
Jerman 7-1 Brazil (2014)
Piala Dunia 2014 dianggap tahun yang sesuai untuk Brazil memperbetul kesilapan 1950 ketika tewas pada perlawanan akhir menentang Uruguay di laman sendiri walaupun mereka diletak selaku pilihan utama.
Ketika memburu kejuaraan keenam, Brazil bersamba pada 2014 namun diundi bertemu Jerman di pusingan kalah mati, bukan mudah untuk mereka memburut tempat ke separuh akhir.
Brazil kehilangan bintang penyerang mereka, Neymar Jr akibat kecederaan pada suku akhir dan kapten Thiago Silva pula tidak dapat diturunkan kerana mengumpul banyak kad kuning.
Skor akhir 7-1 dicatat Jerman menjadi kekalahan terbesar Brazil sejak 1920, dan membawa gelaran seperti “The Agony of Mineirao” dan diistilahkan sebagai penghinaan negara bagi negara gila bola sepak itu.
Pada edisi tersebut, Jerman akhirnya muncul juara menewaskan Argentina di final untuk menjulang kejuaraan keempat mereka.

Pemain Belanda, Robin van Persie melepaskan rembatan disaksikan pemain Sepanyol, Gerard Pique. – AP/Manu Fernandez
Belanda 5-1 Spain (2014)
Perlawanan pembukaan Kumpulan B dalam Piala Dunia 2014 menemukan dua finalis Piala Dunia sebelum ini.
Sepanyol tampil ke kejohanan itu sebagai juara bertahan Eropah dan dunia serta salah satu pasukan pilihan.
Bermula dengan jaringan pembukaan Xabi Alonso pada minit ke-27, semuanya kelihatan lancar untuk pasukan Sepanyol yang membariskan pemain bintang. Tetapi segala-galanya mnusnah seminit sebelum separuh masa berakhir yang menyaksikan jaringan yang menjadi imej paling ikonik kejohanan itu.
Robin van Persie berada 15 ela dari gawang, dia melakukan tandukan yang mengelirukan Iker Casillas dan seluruh pasukan Sepanyol untuk gol penyamaan.
Selepas itu, Belanda meledak empat lagi gol untuk menghadiahkan kekalahan kedua terbesar Sepanyol dalam kempen Piala Dunia.

Pemain Korea Selatan meraikan kemenangan ke atas Jerman. – AP/Michae Probst
Korea Selatan 2-0 Jerman (2018)
Beberapa kekecewaan terbesar Piala Dunia melibatkan juara bertahan adalah kekalahan dalam pusingan pertama dan pada edisi 2018 tidak terkecuali.
Ia menjadi Piala Dunia ketiga berturut-turut menyaksikan penyandang juara tersingkir pada halangan pertama.
Melangkah ke perlawanan terakhir kumpulan, Jerman memerlukan kemenangan untuk mara ke pusingan berikutnya. Korea Selatan pula bermain maruah kerana sudah tersingkir dari Piala Dunia.
Perlawanan bagaikan berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan, membuatkan Jerman mengumpulkan semua usaha mereka untuk menjaringkan gol kemenangan yang akan membolehkan mereka melangkah ke pusingan kalah mati.
Bagaimanapun, dua minit sebelum masa kecederaan Kim Young-gwon dari Korea Selatan menjaringkan gol dari sepakan sudut.
Korea Selatan memanfaatkan peluang yang ada dengan mengutip bola dari kesilapan Neuer yang membuat hantaran, dan memasukkan gol kedua ke dalam jaring kosong untuk mengaibkan Jerman.
Ia adalah kali pertama sejak 1938 Jerman gagal mara melepasi peringkat pertama, dan kekalahan pertama mereka menentang negara Asia dalam perlawanan Piala Dunia.