BINTANG Borussia Dortmund, Julian Ryerson, telah dikejarkan ke hospital selepas dilaporkan pengsan semasa perlawanan Liga Juara-Juara menentang Barcelona baru-baru ini.

Menurut laporan antarabangsa, Ryerson memulakan perlawanan berprestij tersebut namun digantikan ketika waktu rehat selepas insiden pengsan yang mencemaskan.

Selepas tamat perlawanan, pemain pertahanan itu dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut, namun punca kejadian masih belum diketahui.

Julian Ryerson, merupakan pemain penting dalam skuad kendalian Nuri Sahin.

Walau bagaimanapun, Ryerson kini sedang menjalani ujian kardiologi dan neurologi untuk mengenalpasti masalah kesihatannya.

Sejak kejadian tersebut, Ryerson tidak beraksi untuk Dortmund termasuk ketika seri 1-1 menentang Hoffenheim semalam.

Setakat ini, tiada kepastian mengenai tarikh kembalinya ke padang sementara pasukan perubatan kelab masih giat menyiasat punca masalah kesihatan yang dialaminya.

Julian Ryerson, yang menyertai Borussia Dortmund dari Union Berlin pada Januari 2023, merupakan pemain penting dalam skuad kendalian Nuri Sahin.

Insiden ini hadir ketika Dortmund mengalami kekalahan 3-2 di tangan Barcelona, sekaligus meranapkan rekod tanpa kalah di Westfalenstadion dalam saingan Liga Juara-Juara sejak November 2021.

Pasukan Sahin ini dijadualkan menutup tahun 2024 dengan aksi terakhir menentang Wolfsburg pada Isnin ini.