AKSI hari kedua Kejohanan Badminton Dunia (BWF) yang dilangsungkan di Gimnasium Metropolitan Tokyo, sungguh mendebarkan menyaksikan setakat ini hanya dua pasangan negara berjaya lolos ke pusingan seterusnya.

Anna Ching Yik Cheong-Teoh Mei Xing menepati ramalan apabila mudah mara ke pusingan kedua setelah menundukkan cabaran gandingan Jerman, Stine Susan Kuspert- Emma Moszczynski dalam straight set 21-13 21-15.

Dalam perseorangan wanita pula, Sonia Cheah turut melepasi halangan pemain Indonesia, Putri Kusuma Wardani apabila  menang mudah straight set 21-19 21-18.

Sonia Cheah menang straight set 21-19 21-18 mengatasi pemain Indonesia, Putri Kusuma Wardani.

Manakala, harapan negara, Ng Tze Yong tersekat seawal pusingan kedua apabila tewas kepada pemain Thailand, Sitthikom Thammasin dalam pertarungan rubber set 9-21 21-10 19-21.

Biarpun terkandas, pemain berusia 22 tahun itu telah menampilkan aksi bertenaga dalam ketiga-tiga set dan seharusnya diberi pujian kerana tetap berjuang sehingga ke mata penamat.

Ng Tze Yong memberi cabaran sengit sebelum tunduk kepada pemain Thailand, Sitthikom Thammasin 9-21 21- 10 19-21.

Episod duka tersebut turut menimpa beregu wanita negara, Low Yee Yuan-Valeree Siow, apabila tunduk kepada gandingan India, Treesa Jolly-Pullela Gayatri Gopichand      11-21 13-21.

Langkah tersebut berterusan apabila Kisona Selvaduray turut tewas straight set kepada pemain Vietnam, Vu Thi Trang 10-21 17-21 sekaligus tersingkir daripada saingan kali ini.