PENGENDALI Negeri Sembilan FC, K. Devan menyatakan kegagalan pasukannya mengekalkan intensiti pada separuh masa kedua menjadi punca utama mereka tewas kepada Sabah 1-0 dalam aksi Liga Super Ahad malam.
Dia berkata punca utama adalah disebabkan Negeri Sembilan terpaksa mengharungi jadual yang padat dengan bermain tiga perlawanan dalam sembilan hari berbanding Sabah yang hanya beraksi dua perlawanan
Selain itu, jurulatih berusia 54 tahun itu juga berkata mereka sudah melakukan beberapa percubaan yang namun gagal diterjemahkan kepada gol tetapi tetap berpuas hati dengan persembahan yang ditampilkan.
“Kita bermain dengan intensiti yang tinggi pada separuh masa pertama namun kita tidak berjaya teruskannya pada separuh masa kedua dan para pemain kita pula seakan hilang idea di atas padang walaupun terdapat beberapa peluang keemasan untuk menjaringkan gol.
“Punca utama kami gagal mengekalkan penguasaan ini adalah disebabkan faktor keletihan kerana kita bermain tiga perlawanan dalam tempoh sembilan hari dan menggangu fokus para pemain.
”Ada percubaan yang dilakukan oleh kedua-dua penyerang tetapi bola tidak masuk dan kami akan memperbaiki masalah ini untuk perlawanan selepas ini,” jelasnya ketika sidang media selepas perlawanan.
Negeri Sembilan akan berehat lebih tiga minggu dan akan menggunakan cuti rehat ini untuk memperbaiki beberapa kelemahan yang dikesan barisan kejurulatihan.