GELARAN ketujuh Wimbledon milik jaguh Serbia, Novak Djokovic selepas menumpaskan pemain Australia berdarah Malaysia, Nicholas Hilmy Kyrgios dalam aksi final sebentar tadi.

Djokovic menewaskan Nick 4-6, 6-3, 6-4, 7-6 (7/3) untuk memenangi gelaran Wimbledon ketujuh dan gelaran Grand Slam ke-21.

Nick, 27 yang bermain dalam fikiran terganggu kerana ibunya, Norlaila kini berada di rumah dekat Canberra, menunggu pemindahan buah pinggang dan tidak dapat hadir menyaksikan perlawanan.

Nick yang dilahirkan pada 27 April 1995 merupakan pemain tenis profesional Australia.

Sebagai rekod, Hilmy pernah mencecah ranking No 13 dunia dalam ATP pada 24 Oktober 2016.

Dia telah memenangi enam gelaran perseorangan Jelajah ATP, termasuk Terbuka Washington 2019 dan mencapai 10 perlawanan akhir, terutamanya final utama di Kejohanan Wimbledon 2022 dan final Masters 1000 di Cincinnati Masters 2017.

 

Kejuaraan Wimbledon ke-7 untuk Djokovic.

Ini adalah kejuaraan Wimbledon keempat berturut-turut Djokovic.

Dia tewas pada set pertama tetapi berada pada tahap klinikal terbaik selepas itu untuk kembali memimpin perlawanan dalam pertarungan empat set.