DUANGPETCH Promthep, salah seorang daripada 12 budak lelaki yang diselamatkan dari sebuah gua Thailand pada 2018, meninggal dunia di United Kingdom (UK).

Remaja berusia 17 tahun itu ditemui tidak sedarkan diri di asramanya di Leicestershire pada Ahad dan dibawa ke hospital, di mana dia meninggal dunia pada hari Selasa, lapor BBC.

Promthep telah mendaftar di akademi bola sepak di UK sejak akhir tahun lalu.

Dia adalah kapten pasukan bola sepak lelaki Thai, yang terperangkap jauh di dalam gua selama lebih dua minggu semasa berada di wilayah Chiang Rai.

Mengikut kronologi kes, selepas latihan bola sepak pada 23 Jun 2018, pasukan bola sepak Wild Boars (Moo Pa dalam bahasa Thai) – yang mana Promthep adalah kapten mengayuh basikal ke gua Tham Luang. Ia adalah salah satu tempat kegemaran pasukan.

Tetapi ribut secara tiba-tiba menyebabkan laluan menjadi sempit dalam sistem gua dan banjir, memerangkap mereka dan jurulatih.

Mereka menghabiskan sembilan hari dalam kegelapan dan tanpa makanan sementara usaha mencari melibatkan kira-kira 10,000 orang diteruskan, sebelum ditemui penyelam.

Promthep berusia 13 tahun semasa dia terperangkap di dalam gua. Rakan sepasukannya berusia antara 11 dan 16 pada masa itu, manakala jurulatih mereka Ekkaphon Kanthawong berusia 25 tahun.

Penyelamatan itu menjadi tajuk utama di seluruh dunia, dan pelbagai filem serta buku kemudiannya dibuat untuk menceritakan semula kisah luar biasa itu, termasuk minisiri enam episod yang dikeluarkan Netflix tahun lepas.

Enam episod yang dikeluarkan Netflix tahun lepas.