KESUNGGUHAN Eco-Shop menaja penyokong Famemas ke Sukan SEA Thailand hujung tahun ini disifatkan sebagai suntikan besar buat atlet negara.

Presiden Famemas, Lee Hui Seng berkata, tajaan itu membolehkan seramai 45 orang termasuk pelanggan setia Eco-Shop menyertai ‘tim sorak’ ke Bangkok.

“Selama ini, Famemas hanya mampu menghantar 15 hingga 20 orang, tetapi kali ini jumlahnya lebih besar dan sangat bermakna,” katanya.

Famemas sentiasa bersama kontinjen negara ke setiap Temasya Sukan SEA sejak tahun 2003. -Lee Hui Seng

Kerjasama ini juga menandakan Famemas kembali mempunyai penaja utama selepas 10 tahun tanpa sokongan rasmi.

Perjanjian hasrat ditandatangani Ketua Pegawai Eksekutif Eco-Shop Marketing Bhd, Jessica Ng bersama Hui Seng di Setapak, Kuala Lumpur.

Pegawai Eksekutif Eco-Shop Marketing Bhd, Jessica Ng mahu atlet yang berjuang m3ndapat sokongan sewajarnya.

Menurut Hui Seng, kehadiran penyokong sentiasa memberi impak besar kepada atlet kerana ia meniup semangat perjuangan di gelanggang.

Jessica pula menyifatkan kempen Malaysia Power bertepatan dengan ulang tahun syarikat dan sebagai penghargaan kepada rakyat Malaysia.

Pelanggan hanya perlu berbelanja minimum RM35 dalam satu resit dari 6 hingga 26 Oktober ini untuk peluang ke Bangkok bersama Famemas.