JURULATIH Perancis, Didier Deschamps berbincang dengan pasukannya menjelang pertemuan dengan England di suku akhir awal pagi esok.
Les Bleus adalah juara bertahan namun perlu berwaspada kerana England kini berada di puncak prestasi.
Deschamps bagaimanapun menegaskan pasukannya tenang menjelang pertemuan itu.
“Kami tiba dengan tenang dan sedar akan berdepan dengan mereka sejak awal pertandingan lagi,” kata Deschamps.
“Ia adalah peringkat suku akhir, hadapinya dengan tenang dan keseronokan.”
Perancis berdepan kemungkinan kehilangan dua pemain berpengaruh, Jules Kounde dan Aurelien Tchouameni yang berdepan panggantungan akibat menerima dua kad kuning.
“Mereka tahu hal itu. Mereka mesti menyedarinbya kerana objektif jelas kita masti bersatu.”

Deschamps sebelum ini merehatkan pemain tonggak termasuk Kylian Mbappe bagi memastikan Perancis mempunyai pasukan terkuat di pusingan kalah mati.
Perancis juga mempunyai kepantasan dalam pasukan mereka, dengan bintang sedang menyinar Kylian Mbappe mengetuai kelompok pemain mempunyai kepantasan tinggi. Bagaimanapun, Deschamps pantas menyatakan bahawa England juga boleh menggunakan kelajuan sebagai kelebihan mereka walaupun kedua-dua pihak tidak bergantung semata-mata pada rentak permainan pantas.
“Apabila anda bergerak pantas, lawan sukar mengatur pertahanan, namun kelajuan tidak semestinya mampu menghasilkan jaringan,” kata Deschamps.
“Anda perlu melakukan peralihan pantas, tetapi berkualiti. England ke tahap ini bukan satu kebetulan dan kepantasan akan menjadi salah satu kuncinya.
“Cara ini tidak sering mendatangkan gol namun England banyak memperoleh gol melalui transisi pantas, tapi bukan itu sahaja kualiti yang mereka ada.”
Menurutnya, England jua memiliki kelemahan.

Barisan pemain England di Piala Dunia kali ini.
“Mereka tidak mempunyai sesuatu,” kata Deschamps. “Setiap pasukan mempunyai perkara yang mereka lakukan dengan sangat baik dan sebaliknya, itulah yang perlu saya dan kakitangan kejurulatihan perlu cari, untuk mengetahui di mana kelemahan mereka. Bukan mudah untuk mengetahui di mana, namun kami boleh melukakan mereka”.
Sementara itu, Mbappe pasti menjadi salah seorang pemain yang perlu diberi perhatian selepas penyerang Perancis sudash menjaringkan lima gol dan membantu dua lagi.
“Saya rasa England ada perancangan untuk menyekatnya,dan Kylian perlu lebih bersedia,” kata Deschamps.
Katanya, menjadi perkara biasa buat pasukan lawan memberi tumpuan khas kepada Mbappe, kerana dia pemain yang penting yang ada keupayaan khusus sebagai penentu.
“Tetapi, Kylian akan sentiasa menjadi Kylian, dia ada keupayaan mencari penyelesaian.”