Select Page

Erry Hidayat sandaran pingat angkat berat Sukan Sea 2023

Erry Hidayat sandaran pingat angkat berat Sukan Sea 2023

MUHAMMAD Erry Hidayat menjadi sandaran kem angkat berat negara untuk membuahkan pingat di Temasya Sukan Sea Kemboja Mei depan.

Jurulatih angkat berat negara Yon Haryono berkata, Erry yang juga pemenang pingat perak pada temasya Sukan Komanwel, Birmingham kini berada pada tahap terbaik dengan sekurang-kurangnya mampu membawa pulang gangsa untuk negara.

Beliau berkata, Erry bakal menjalani latihan intensif di Surabaya, Indonesia, dalam tempoh sebulan sebelum mengharungi cabaran negara di Sukan Sea Kemboja bermula 5 Mei depan.

Jurulatih angkat berat kebangsaan, Yon Haryono optimis Erry Hidayat mampu membutirkan pingat di Phnom Penh.

“Erry dalam tempoh sebulan ini akan mengikuti program yang sudah direncanakannya untuknya dan berharap dapat melakukan catatan terbaik.

“Pada masa sama, kita melihat Erry akan mendapat tentangan sengit terutama daripada pemegang rekod dunia dari Indonesia dan juga peserta Thailand yang pernah memenangi acara di peringkat antarabangsa.

“Oleh itu, berdasarkan pencapaian semasa Erry dan pesaing, sudah tentu tidak mustahil dia boleh membawa pulang sekurang-kurangnya gangsa,” katanya.

Mengikut rekod, pada edisi sukan Sea Hanoi, anak kepada bekas jaguh angkat berat negara Hidayat Hamidon itu berjaya meraih gangsa menerusi bebanan seberat 316kg bagi kategori ‘snatch‘ dan ‘clean and jerk‘.

Muhamad Aznil Bidin dan Mohamad Aniq Kasdan tidak akan ke Kemboja kerana bertembung dengan jadual kelayakan Olimpik di Korea.

Sementara itu, kem angkat berat akan ke Kemboja bersama dua lagi atlet lelaki dan dua atlet wanita yang menjalani latihan di negeri, manakala dua badang negara, Muhamad Aznil Bidin dan Mohamad Aniq Kasdan tidak mengambil bahagian di temasya dwitahunan itu.

Yon menjelaskan, dua atlet terbabit terpaksa mengharungi kejohanan lain dalam usaha mengumpul mata untuk layak ke Sukan Olimpik Paris.

“Aniq dan Aznil akan mengikut atlet angkat berat lain menjalani latihan di Surabaya sebelum kedua-duanya berlepas ke  Kejohanan Asia di Korea Selatan yang menjadi medan mata kelayakan ke Sukan Olimpik Paris.

“Jadinya, mereka perlu melakukan persiapan rapi dan terpaksa melupakan untuk menyertai Sukan Sea Kemboja sekali gus mengharapkan lima wakil negara di temasya dwi tahunan itu mampu melakukan kejutan,” katanya.

Video Terkini

Loading...