PENYOKONG setia Kuala Lumpur Rover FC dan PIB FC boleh mendapatkan tiket perlawanan akhir Liga M3 bermula hari ini sehingga Sabtu.
Tiket dijual bermula jam 10 pagi hingga 4.30 petang (22 dan 23 September) di Wisma FAM (Kafeteria).
Harga tiket grandstand ditetapkan RM20 dan Terbuka (RM10) manakala bagi kanak-kanak bawah 12 tahun adalah percuma.
Penyokong yang datang pada hari perlawanan boleh membeli tiket di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur.
Liga M3 Malaysia 2022 ialah edisi keempat Liga M3 Malaysia. Pertandingan ini merupakan liga divisyen 3 dalam sistem bola sepak Malaysia.
Tiada juara bertahan kali ini memandangkan musim tahun 2021 telah dibatalkan. Saingan kumpulan liga telah bermula pada 12 Februari sehingga 6 Ogos 2022.