TIADA tekanan untuk Bojan Hodak menjelang aksi akhir Piala FA 2023 melibatkan pertemuan antara Kuala Lumpur City FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Iskandar Puteri pada Sabtu.

Ujar pengendali The City Boys itu lagi, semestinya pasukan Harimau Selatan dijadikan pilihan ramai untuk keluar sebagai pemenang edisi kali ini.

“Saya tidak fikir kita mempunyai sebarang tekanan. Mereka (JDT) tidak pernah kehilangan sebarang mata dalam liga. Mereka mempunyai skuad yang bagus, lebih kuat, mungkin lebih kuat daripada beberapa tahun lepas.

“Semua orang menjangkakan mereka akan menang jadi tiada tekanan kepada kami.

“Kami datang ke final, kami akan cuba memberikan yang terbaik, cuba bermain dengan baik dan mempelajari melakukan sesuatu.

“Kami perlu berada pada tahap di atas dan ia akan menjadi tuah. Tetapi dalam satu perlawanan anda tidak pernah tahu bola sepak itu bulat,” katanya dalam sidang media di Stadium Sultan Ibrahim pada Jumaat.

Sementara itu, jurulatih yang berasal dari Croatia tidak bimbangkan mengenai prestasi anak buahnya kerana yakin kelebihan yang dimiliki dalam mempamerkan persembahan terbaik sepanjang 90 minit permainan.

“Apa yang anda risaukan, Ya, kembalilah atau mereka mempunyai 11 pemain (yang hebat) ? Lihat, tidak ada yang lebih teruk jika mereka ada.

“Saya berkata mereka mempunyai pasukan terbaik mungkin beberapa tahun kebelakangan ini dalam setiap posisi. Mereka mempunyai pemain tempatan terbaik, mereka mempunyai pemain asing terbaik dan termahal.

“Jadi ia bukan mudah, tetapi kami cuba mengatur dan dan kami akan melakukannya dan di atas padang ia adalah 11 lawan 11, jadi kami perlu memberikan yang terbaik,” katanya lagi.

Diajukan tentang persiapan terakhir pasukan, ini jawapan Hodak : “Semuanya baik-baik sahaja. Kami melakukannya dengan baik minggu ini. Kami mempunyai banyak maklumat daripada jurulatih, banyak video.

“Kami membuat persiapan dengan baik dan kami bersedia untuk datang ke sini dan berjuang untuk gelaran. Seperti yang dikatakan, itu tidak akan mudah, tetapi kami profesional. Kami perlu memberikan yang terbaik di final,” tambahnya lagi.

Dalam pada itu, Hodak menafikan berita tersebar kononnya skuad KL City tidak dibayar gaji selama tiga bulan.

“Ia tidak benar. Tidak. Siapa yang memberitahu anda maklumat itu?,” soal Bojan.

Berdasarkan rekod, ia akan menjadi final ketiga KL City dalam tiga musim di bawah Hodak selepas memenangi Piala Malaysia 2021 dan menamatkan saingan Piala AFC tahun lepas.