MANCHESTER City kini dalam persiapan terakhir menjelang perlawanan akhir Piala FA yang bakal berlangsung Sabtu ini di Wembley.

Pasukan Pep Guardiola itu selesai menjalani latihan terakhir sebagai persiapan menentang Manchester United seperti yang dikongsikan di laman web rasmi Man City di padang City Football Academy

Sumber : Mancity.com

Perlawanan akhir yang diadakan di Stadium Wembley merupakan perlawanan pertama yang mempertemukan kedua-kedua pasukan tersebut.

Sejak memenangi piala pertama pada tahun 1904, Man City tekad untuk merangkul trofi juara buat kali ketujuh bagi sesi 2022/2023 selepas dinobatkan sebagai juara Liga Perdana pada bulan lalu.

 

Uniknya, Manchester City mempunyai tetamu istimewa menjelang perlawanan akhir Piala FA. The Sky Blues telah dikunjungi oleh Coldplay yang datang untuk menyaksikan latihan pasukan.

Dua artis Coldplay, Jonny Buckland dan Will Champions, bersama beberapa staf bertemu skuad City di padang latihan. Kedua-duanya bersalaman dengan Ilkay Guendogan dan pemain lain.

Coldplay kini sedang mengadakan konsert di bandar Manchester minggu ini.

Hari pertama konsert Coldplay di Stadium Etihad dihadiri sekitar 60,000 peminat. Beberapa pemain Man City kelihatan hadir di tempat penonton, seperti Jack Grealish, Julian Alvarez dan Bernardo Silva.