PERTAHANAN kental Johor Darul Ta’zim (JDT) , Matthew Davies sudah bersedia untuk menghadapi kemungkinan penentuan sepakan penalti pada perlawanan akhir TM Piala Malaysia edisi ke-101 menentang Selangor FC pada Sabtu.
Katanya, mereka sudah berlatih untuk sebarang kemungkinan dan fokus utama adalah menyelesaikan terlebih dahulu aksi 90 minit masa sebenar.
“Jika tiada gol dalam 90 minit, permainan diheret 120 minit permainan dan ditentukan penalti. Saya bersedia (ambil) sepakan penalti,” katanya bertindak cemerlang ketika mengekang asakan yang dilakukan oleh pasukan Sabah FC menerusi pemain seperti Saddil Ramdani dan Amri Yahyah pada peringkat separuh akhir baru-baru ini.
Kejayaan Davies dan rakan-rakan mara ke perlawanan akhir memberikan peluang untuk pasukan JDT merangkul gelaran empat trofi pada musim ini.
Terdahulu mereka berjaya merangkul tiga kejuaraan utama musim ini iaitu Piala Sumbangsih, Piala FA dan Liga Super.
Adakah Harimau Selatan berjaya dalam misi bersejarah meraih ‘quadruple’ ? Jangan lupa saksikan pertembungan final sensasi kedua-dua di Stadium Nasional Bukit Jalil malam esok.
ARTIKEL BERKAITAN : Final Piala Malaysia 2022: “JDT ada ‘squad depth’ yang baik” – Hassan