SELEPAS Rodrigo Holgado, seorang lagi pemain warisan Harimau Malaya, Facundo Garcés dilaporkan tiba di Malaysia dalam usaha menyelesaikan isu penggantungan yang dikenakan oleh FIFA.
Menurut media dari Sepanyol, Pertahanan Deportivo Alaves itu berangkat ke Kuala Lumpur bagi berjumpa dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berhubung rayuan terhadap hukuman satu tahun tanpa bermain yang dikenakan badan induk bola sepak dunia tersebut.
Langkah ini mencerminkan kesungguhan pemain warisan untuk memastikan kedudukan mereka bersama skuad kebangsaan tidak terjejas, terutama menjelang perlawanan kelayakan Piala Asia 2027 menentang Laos pada 9 Oktober ini.

Media Sepanyil menyatakan Facundo Garcés berangkat ke Malaysia untuk cuba selesaikan penggantungan. Beliau kini berada di negara Asia itu bagi berkoordinasi dengan Persekutuan mengenai rayuan kepada FIFA berhubung hukuman gantung satu tahun tanpa bermain.
Menurut laporan, Garcés akan berbincang secara langsung dengan wakil FAM, sambil menantikan maklumat lanjut berkaitan dokumen rayuan termasuk bukti latar belakang keluarga yang boleh memperkukuhkan kes.
FIFA sebelum ini mengenakan penggantungan 12 bulan serta denda kepada tujuh pemain warisan Harimau Malaya selepas mendakwa terdapat isu ketidakpatuhan dalam proses pendaftaran dan kelayakan.
Kemunculan Holgado dan kini Garcés di Malaysia memberi sedikit kelegaan kepada FAM yang kini bergerak pantas untuk memastikan barisan pemain warisan terus dapat dipertahankan demi kelangsungan skuad kebangsaan.