PELAN pengendali Kuala Lumpur City FC, Bojan Hodak buat masa ini adalah untuk memastikan pemain berada dalam keadaan terbaik selepas rehat yang panjang setelah berakhir musim 2022 yang dianggap terbaik buat kelab itu.
Dia juga gembira dengan wajah baharu pasukannya kerana rata-rata dibarisi pemain yang sama kerana ianya lebih mudah buat pemain kerana sudah mengenali satu sama lain.
Bojan juga mahu menggunakan perlawanan Piala Menteri Wilayah Persekutuan sebagai persediaan pasukan menghadapi Liga Super musim ini dan tidak memandang remeh pasukan Perak dan menjangkakan perlawanan yang sukar.
MARK YOUR CALENDAR 🗓️ Piala Menteri Wilayah Persekutuan is back — now with the 3rd edition!
We will be playing against Perak. With the newly appointed Perak Head Coach and our new signings this season, this is sure to be a nail-biter! Tak shaaaabar pic.twitter.com/n3wAw3SW0R
— Kuala Lumpur City Football Club (@KLCityFootball) January 16, 2023
“Perancangan saya buat masa ini dalam sesi latihan adalah untuk memastikan setiap pemain kembali ke tahap yang diperlukan kerana setelah bercuti panjang kecergasan pemain menjadi keutamaan sebelum mengharungi kempen pra musim.
“Ianya bagus untuk mempunyai pemain yang sama kerana seperti juga jika kita bekerja di pejabat apabila kita sudah mengenali satu sama lain ianya lebih mudah untuk memahami satu sama lain dan berharap pemain baharu dapat menyesuaikan diri dengan cepat.
“Kami tidak menganggap perlawanan Piala Menteri Wilayah Persekutuan sebagai permainan biasa kerana kami akan menggunakanya sebagai persediaan untuk menghadapi Liga Super 2023 dan Perak adalah pasukan yang baik dan pastinya satu perlawanan yang sukar buat kami,” jelas Bojan.
#SampaiMatiKualaLumpur ⚪️🔴 https://t.co/49PMusqXMz
— Herlison Caion (@CA10NOFFICIAL) January 11, 2023
Bojan juga menghormati Ketua Jurulatih Perak, Lim Teong Kim yang dianggapnya sebagai seorang jurulatih yang baik dengan beberapa pemain muda yang berbakat dan mampu memberikan cabaran buat pasukannya selain mahu melihat pemain baharu Kuala Lumpur City beraksi buat kali pertama dalam perlawanan kompetitif.
Selepas cemerlang layak ke final Piala AFC musim lalu, Kuala Lumpur City rancak memperkasakan pasukan dengan menandatangani dua penyerang berbisa, Tchetche Kipre dan Herlison Caion untuk mengatasi masalah ketiadaan penyerang yang sering menghantui skuad warga kota ini.
Piala Menteri Wilayah Persekutuan antara Kuala Lumpur City FC dan Perak FC akan berlangsung pada 4 Februari 2023 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras dengan pelbagai karnival turut berlangsung khas buat penyokong kedua-dua pasukan.