KETUA jurulatih Vietnam B-23, Kim Sang-sik, menyatakan bahawa skuad Indonesia B-23 belum setanding dengan Vietnam dari segi prestasi dan kekuatan. Kenyataan ini dibuat menjelang aksi final Piala Mandiri ASEAN B-23 yang akan berlangsung Selasa ini.

Walaupun pasukan tuan rumah menunjukkan peningkatan, beliau menilai pasukannya masih berada di tahap yang lebih tinggi.

Pengendali yang berasal dari Korea Selatan itu telah memerhati corak permainan Indonesia dan berkongsi pandangannya mengenai permainan Kadek Arel dan rakan sepasukannya.

“Skuad B-23 Indonesia jcuba untuk mengawal permainan, tetapi tidak sebaik pasukan kami (Vietnam).

Pengendali Vietnam B-23, Kim Sang Sik

“Malah, mereka lebih kuat dalam situasi apabila mereka berjaya melepaskan bola di belakang barisan pertahanan lawan,” kata Kim Sang-sik kepada media Vietnam selepas perlawanan separuh akhir tempoh hari.

Vietnam sedang memburu kejuaraan hatrik dalam Piala Mandiri ASEAN B-23 manakala Indonesia mengintai gelaran kedua mereka dalam kejohanan itu.

Pertembungan antara Vietnam dan Indonesia di final Piala Mandiri ASEAN B-23 kali ini merupakan ulangan final dua tahun lalu, di mana ketika itu Indonesia tewas kepada Vietnam dan hanya mampu muncul naib juara.