BEREGU sensasi Indonesia Hendra Setiawan berkongsi antara rahsia dalam mengekalkan kejayaannya mara sekurang-kurangnya sehingga ke peringkat separuh akhir kejohanan Super Series sehingga kini.

Meskipun usia kedua-dua pasangan sudah menjangkau lewat 30-an, namun mereka sedikitpun tidak menunjukkan erti putus asa ketika menentang lawan dari mana- mana negara.

Jelas Hendra, dia sering menasihati Mohammad Ahsan untuk fokus untuk mendapatkan mata demi mata dan langsung tidak memikirkan tentang kemenangan dan ia ternyata berhasil bagi beregu veteran Indonesia tersebut meskipun telah meniti usia senja di dunia badminton tetapi masih mampu menyajikan aksi memukau.

Hendra-Ahsan gandingan berbisa Indonesia.

“Kalau dalam game, kita berusaha fokus point by point aja ya, jadi kita tidak mahu memikirkan menang atau kalah.

“Yang penting jangan menyerah sebelum game selesai,” ujar pemain Indonesia itu.

Hendra sudah mengecapi pelbagai kejayaan termasuk menjuarai Olimpik Beijing 2008, selain merangkul empat kejuaraan berturut-turut dalam Kejohanan Dunia 2007, 2013, 2015 dan 2019.

Hendra Setiawan dianggap bintang badminton yang masih berbisa, beraksi dengan baik di penghujung usia kariernya, dengan sebelum ini bergandingan dengan Markis Kido pada awal penglibatannya namun digantikan dengan Mohamad Ahsan bermula penghujung kalendar tahunan 2012.