TROFI Piala Asia yang dipamerkan di Souq Waqif, Doha semalam mendapat perhatian orang ramai dan mereka tidak melepaskan peluang mengambil gambar sebagai kenang-kenangan.

Meskipun terpaksa beratur panjang, peminat tempatan sanggup bersabar menunggu giliran sebelum dapat memasuki kawasan trofi itu ditempatkan.

Terdapat juga penduduk Malaysia di Qatar, yang sama-sama meraikan kehangatan Piala Asia kali ini.

Kebetulan, pasukan Harimau Malaya berjaya mara ke pusingan akhir edisi ke-18 dan menghuni Kumpulan E bersama Jordan, Bahrain dan gergasi Asia, Korea Selatan.

Piala Asia 2023, kejohanan yang disertai 24 paukan terbaik benua bakal bermula pada 12 Januari dan berakhir 10 Februari depan.

Jadual persinggahan trofi Piala Asia

• Msheireb Downtown Doha: 4 Januari 2024

• The Pearl Island: 5 Januari 2024

• Souq Waqif: 6 Januari 2024

• Al Hazm Mall: 7 Januari 2024

• West Walk: 8 January 2024

• City Center Mall: 11 January 2024

• Doha Festival City: 12 Januari 2024

• Expo 2023 Doha: 13 Januari 2024