KEMERIAHAN kejohanan Piala Asia 2023 semakin dirasai apabila hanya tinggal lima hari sebelum sepak mula berlangsung antara tuan rumah, Qatar dan Lebanon akan berlangsung di Stadium Lusail, Doha.

Sebanayk 16 negara berjaya layak untuk merebut gelaran juara Asia dengan Qatar sekali lagi menjadi tumpuan selepas kejayaan menganjurkan Piala Dunia 2022 yang menjadi temasya paling berjaya pernah dianjurkan.

Bukan hanya kejohanan ini bakal menjadi pentas buat para pemain kelahiran benua terbesar dunia memperagakan kemampuan masing-masing malah ianya turut menjadi tempat buat para pemain naturalisasi yang ‘menumpang’ pasukan yang diwakili.

Menurut daftar pemain yang dikeluarkan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), sebanyak 16 pemain dari benua Amerika Selatan bakal beraksi dengan pasukan ‘angkat’ masing-masing sama ada menerusi pertalian darah warisan mahupun naturalisasi.

Brazil mempunyai wakil terbanyak dengan 10 pemain manakala Argentina dengan tiga pemain, Colombia dua pemain dan satu dari Chile yang mewakili tujuh negara sekaligus menambah kualiti yang ada pada pasukan Asia itu.

Syria dan Hong Kong mempunyai pemain naturalisi terbanyak berbanding lima lagi negara dengan masing-masing mendaftarkan empat pemain manakala Malaysia dengan tiga pemain, UAE dua pemain manakala masing-masing satu untuk Palestin, Australia dan Qatar.

Sudah pasti kehadiran pemain-pemain latin ini akan menambah sengat buat pasukan yang diwakili selain membantu pemain tempatan untuk lebih berdaya saing bagi merebut kejuaraan yang berprestij ini.

Berikut adalah senarai pemain-pemain benua Amerika Selatan yang mewakili pasukan ‘angkat’ masing-masing.

Camilo Saldana – Chile Palestin

Jalil Elias – Argentina Syria

Ezequeil Ham – Argentina Syria

Ibrahim Hesar – Argentina Syria

Pablo Sabbag – Colombia Syria

Bruno Furnaroli – Brazil Australia

Everton Camargo – Brazil Hong Kong

Helio – Brazil Hong Kong

Juninho – Brazil Hong Kong

Stefan Pereira – Brazil Hong Kong

Paulo Josue- Brazil Malaysia

Endrick – Brazil Malaysia

Romel Morales – Colombia Malaysia

Lucas Mendes – Brazil Qatar

Caio Canedo – Brazil UAE

Fabio Lima – Brazil UAE