PASUKAN Real Madrid meraih kemenangan 3-0 menentang Cadiz pada Ahad, tetapi terdapat momen aneh semasa perlawanan tersebut yang mana Joselu memutuskan untuk tidak menolak bola ke dalam gol kosong.
Kelibat penyerang Sepanyol itu kembali menjadi perhatian apabila dia kembali ke Real Madrid selepas tempoh sukar bersama Stoke dan Newcastle.
Ia merupakan satu tindakan yang mengejutkan, tetapi pemain yang menyertai dari skuad Espanyol itu telah menikmati permulaan yang baik di kelab baharunya, dengan menjaringkan lima gol dalam 14 penampilan liga musim ini.
Pemain berusia 33 tahun itu sepatutnya berpeluang menjaringkan satu lagi gol menentang Cadiz pada Ahad, namun memutuskan untuk tidak menendang bola ke dalam gol kosong.
Ia berlaku ketika Rodrygo melancarkan serangan dan berhadapan satu lawan satu dengan penjaga gol Cadiz, Conan Ledesma.
Pemain sayap Brazil yang bertembung dengan Lionel Messi minggu lalu semasa kekalahan pasukan kebangsaannya dalam kelayakan Piala Dunia oleh Argentina, bergerak ke kotak enam meter sebelum dia berhadapan dengan penjaga gol Cadiz.

Ketika dia cuba mengelak Ledesma yang tergelincir keluar untuk menemuinya, pemain berusia 22 tahun itu menolak bola ke sisi kanan seolah-olah memberi laluan kepada Joselu yang tiba tanpa kawalan di sebelah kanannya.
Walaupun Joselu sepatutnya dengan mudah memasukkan bola ke dalam gol, dia seolah-olah berhenti, mengangkat tangan ke udara sementara Rodrygo kelihatan meneruskan kejaran bola yang terkeluar untuk sepakan gol.
Ia adalah momen aneh dalam permainan, terutamanya mengambil kira penampilan penyerang itu di hadapan gol musim ini, menjaringkan gol menentang Getafe, Real Sociedad, Las Palmas, Girona, dan Osasuna.
Walaupun dia mungkin berfikir telah ofsaid dan tidak mahu menyentuh bola, ulangan perlawanan yang muncul dalam talian menunjukkan Joselu hanya di belakang Rodrygo selepas dia menendang bola ke kanan.
Walaupun Cadiz terselamat dari serangan itu, Real pada akhirnya mendapat kemenangan 3-0, dengan dua gol dari Rodrygo dan satu lagi dari Jude Bellingham.
Sementara itu, Joselu tidak menjaringkan gol dalam lima penampilan terakhirnya bersama kelab itu walaupun bermain 90 minit pada Ahad.
Pada awal tahun ini, Joselu memukau untuk Real Madrid semasa perlawnan persahabatan pra-musim menentang Manchester United, menjaringkan gol dengan tendangan overhead sebelum mencatat kemenangan 2-0.