MALAM serba tak menjadi Perak FC apabila beraksi longlai dan tewas 0-2 kepada PIB FC dalam aksi persahabatan di Stadium Perak, Ipoh sebentar tadi.
Perlawanan ini juga merupakan sentuhan pertama Lim Teong Kim sebagai pengendali Seladang sejak mengambil alih daripada Yusri Che Lah bulan lepas.
Babak pertama memperlihatkan juara Liga M3 itu bermula baik dengan menguji gawang Perak namun mujur percubaan ditolak oleh Wong Tse Yang.
FT : Honour Match
Perak FC 0-2 PIB FC
⚽ Ikmal Mohd Idris 29'
⚽ Mohd Azizul Baharuddin 40' pic.twitter.com/Y8yq2gb5Xl— Flash Sukan (@FlashSukan) October 12, 2022
Bagaimanapun, Ikmal Mohd Idris berjaya menggegarkan jaring tuan rumah menerusi gol m-29 sebelum Mohd Azizul Baharuddin menggandakan kedudukan m-40.
Keputusan ini tak menggusarkan Teong Kim kerana pasukannya dalam fasa pembentukan skuad terbaik dalam menghadapi saingan Liga Malaysia musim hadapan.

“Daripada segi keputusan memang tak seronoklah. Tetapi dari segi cara kita bermain, pemain bersungguh-sungguh
“Kita buat kesilapan dan kita dihukum.
“Untuk aksi tadi, saya melihat siapa yang boleh bermain di tahap yang tertinggi.
“Dalam perlawanan ini juga kita ada empat pemain trial, saya boleh menilai pemain mana boleh bermain, bagi manfaat kepada saya.
“Tapi kalau peminat kurang seronok dengan hasil keputusan, saya faham. Namun, objektif kami adalah melihat para pemain beraksi malam ini.
“Result tak berapa elok dan sudah pasti peminat mengharapkan Perak menang,” katanya selepas perlawanan.
Selepas ini, Perak akan mengadakan satu lagi perlawanan persahabatan bertemu Kelantan United FC di Manjung pada Ahad ini.