LEONG Jun Hao mengakui kegagalannya memanfaatkan peluang keemasan ketika mendahului 19-17 di set pertama menjadi titik tolak kepada penyingkirannya di pusingan kedua Terbuka China.
Pemain perseorangan lelaki negara itu tewas 21-23, 7-21 kepada pilihan utama dari Thailand, Kunlavut Vitidsarn dalam aksi yang menyaksikan dia bermula garang namun hilang arah selepas gagal menamatkan set pertama.
Jun Hao menjelaskan dia cuba lebih agresif ketika ketinggalan awal set pertama namun mula bermain bertahan apabila berada di depan, sekali gus memberi ruang kepada lawan bangkit.
“Saya tidak benar-benar merebut peluang ketika 19-17… saya mula main lebih bertahan, dan dari situ ia mengganggu fokus saya,” katanya kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF).
Set kedua pula menyaksikan Kunlavut menguasai sepenuhnya permainan apabila Jun Hao gagal menemui semula rentaknya dan terpaksa akur dalam masa kurang 50 minit.
Kebanyakan penyertaan Jjn Hao tahun ini berakhir di pusingan pertama dan kedua, sementara pencapaian terbaik, ke suku akhir Terbuka Singapura.