Sumber Gambar : Paul Ellis/AFP
MANCHESTER United berjaya dalam rayuan terhadap kad merah Leny Yoro ketika aksi menentang Liverpool sekali gus membatalkan penggantungan satu perlawanan yang dikenakan terhadap pemain itu.
Yoro dilayangkan kad merah pada minit kelapan selepas melakukan kekasaran terhadap Alexander Isak yang sedang menuju ke arah gawang Manchester United.
Pengadil Sam Barrott menganggap tindakan tersebut sebagai menghalang peluang jaringan yang jelas sekali gus menyaksikan Yoro diarahkan keluar dari padang lebih awal.
Bagaimanapun, Manchester United tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut dan mengemukakan rayuan kepada Persatuan Bola Sepak England (FA).
Rayuan itu dibuat atas alasan Yoro tidak melakukan kesalahan yang sepatutnya membawa kepada hukuman kad merah.
FA akhirnya menerima rayuan Manchester United sekali gus menarik balik penggantungan satu perlawanan terhadap pemain pertahanan tersebut.
Keputusan itu membolehkan Yoro kembali tersedia untuk beraksi dalam perlawanan seterusnya menentang Brentfond pada Sabtu.