KETIADAAN jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, menyaksikan skuad negara meletakkan sasaran tiga pingat pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025 yang akan berlangsung dari 21 hingga 27 Februari ini.
Ketua jurulatih skuad berbasikal trek kebangsaan, Harnizam Basri berkata, sasaran itu realistik berdasarkan barisan atlet yang dipertaruhkan kali ini.

Harnizam Basri yakin Nurul Izzah Izzati mampu sumbang pingat.
Beliau optimis tiga pingat tanpa mengira warna tersebut boleh disumbangkan oleh Nurul Izzah Izzati Mohd Asri, dalam acara keirin wanita serta menerusi acara pecut berpasukan lelaki dan wanita.
“Sasaran kita yang realistik adalah tiga pingat tetapi tidak tahu warna apa. Namun, memang sasaran saya adalah tiga pingat,” katanya, pada sidang media Kejohanan Berbasikal Asia (Trek) ACC 2025 di Velodrom Nasional, Nilai, Negeri Sembilan.

Presiden PKBM Datuk Amarhit Singh Gill bertukar dokumen dengan
Pada ACC tahun lalu di New Delhi, India, skuad negara membawa pulang dua emas, dua perak, dan tiga gangsa, dengan Nurul Izzah menjadi penyumbang utama menerusi acara ujian masa dan keirin wanita.
Sementara itu, Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Amarjit Singh Gill, yakin kehadiran penonton tetap memberangsangkan meskipun tanpa Azizulhasni, apatah lagi legenda berbasikal itu turut menyeru peminat hadir memberikan sokongan menerusi media sosial.