PEMENANG pingat emas Sukan SEA Vietnam Lim Kok Leong meneruskan cabaran Malaysia dalam Kejohanan Snuker 6 Reds Asia 2022, di Pandan Kapital Mall pada Selasa.

Dia layak ke suku akhir selepas mengenepikan Ahsan Ramzan dari Pakistan yang berusia 17 tahun.

Ketika ini, Kok Leong sedang beraksi bertemu pemain Singapura, Jia Jun Ong.

Kejohanan itu akan berakhir pada 9 Oktober depan merupakan sebahagian daripada Siri Kejohanan Snuker Dunia dan menampilkan beberapa pemain terbaik Asia.