KUALA LUMPUR City FC dijangka menyenaraikan sembilan pemain import bagi mengharungi saingan Liga Malaysia 2023 yang bakal bermula hujung bulan ini.

Skuad bimbingan Bojan Hodak ketika ini sudah memiliki lapan import iaitu Herlison Caion, Tchetche Kipre, Patrick Reichelt, Sebastian Avanzini, Matko Zirdum, Giancarlo Gallifuoco, Romel Morales, Kevin Ray Mendoza.

Namun jika proses naturalisasi Paulo Josue dapat diselesaikan sebelum liga bermula terdapat satu slot dan dikhabarkan akan diisi penjaring terbanyak Liga Super 2020 dan 2021, Ifedayo Olusegun.

 

Kesebelasan utama KL City FC yang diturunkan berdepan Perak FC pada aksi Piala Menteri Wilayah Persekutuan.

Namun bagi Ketua Pegawai Eksekutif KL City FC,  Stanley Bernard, desas desus ini segera dinafikannya dan dia lebih selesa untuk buka peluang kepada pemain muda yang sedang meningkat naik, Haqimi Azim Rosli.

“Tidak ada Ifedayo, kita pun sudah ada Haqimi. Saya begitu sukakan Haqimi,” katanya berhubung khabar angin yang mengaitkan Ifedayo.

Melihatkan perancangan dan persiapan KL City FC yang merupakan Naib  juara Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), boleh dikatakan mereka kini berada dalam fasa terakhir dan hanya menanti sepak mula Liga M.

Berdasarkan beberapa siri perlawanan persahabatan yang diadakan, The City Boys mungkin boleh merupakan Ifedayo melihatkan gandingan pemain hadapan yang diketuai Caion dan Kipre Tchetche.

Begitu juga Morales dan Josue yang umpama adik dan abang yang sentiasa ada dimana-mana sahaja apabila beraksi diatas padang.

Kejayaan menjulang Piala Menteri Wilayah Persekutuan dengan menewaskan Perak FC, 3-0, Sabtu menjelaskan semuanya kehadiran Ifedayo sudah tidak diperlukan lagi dałam skuad yang pernah bergelar juara Piała Malaysia 2021 itu.

KL City bergelar juara Piala Menteri selepas. menewaskan Perak FC, 3-0.