PENYANDANG juara, Johor Darul Ta’zim (JDT) melangkah ke final Piala Malaysia dengan bergaya selepas menewaskan Terengganu FC 2-1 dalam aksi separuh akhir kedua di Stadium Sultan Ibrahim, sebentar tadi, sekali gus menjadikan agregat 6-1.

Pada perlawanan itu, Heberty membuka tirai jaringan tuan rumah minit ke-32 sebelum Ismaheel Akinade menyamakan kedudukan buat Sang Penyu di m-58.

Heberty terus memastikan kemenangan sensasi Harimau Selatan menerusi rembatan jarak jauh menarik pada masa kecederaan.

JDT kini menunggu pemenang satu lagi perlawanan separuh akhir kedua melibatkan pertemuan Sri Pahang FC dan Sabah FC di Temerloh malam esok.

FOTO : JST