PERSEORANGAN lelaki negara, Soong Joo Ven berjaya mara ke separuh akhir Korea Masters 2022 selepas menumpaskan Misha pada Jumaat.

Joo Ven yang berada di ranking 68 dunia mengambil masa 48 minit untuk mencatat kemenangan straight set 23-21 21-18.

Dia akan bertemu pemain Jepun, Kodai Naraoka dalam perhitungan ke final.

Turut mengiringi adalah pasukan beregu campuran, Goh Soon Huat-Shevon Lai tiada masalah menundukkan Hee Yong Kai-Tan Wei Han dari Singapura, 21-16 21-11 dalam masa 32 minit.

Menanti mereka pemain dari China, Ou Xuan Yi- Huang Ya Qiong yang sebelum itu menyingkirkan cabaran pilihan kedua tuan rumah, Ko Sung Hyun-Shin Baekcheol.

Pertarungan separuh akhir esok dijadual berlangsung di Stadium Universiti Gwangju.