KEJOHANAN Bola Sepak Liga Miri 2024/2025 semakin hampir ke penghujungnya dengan perlawanan tumpuan terakhir akan berlangsung di Stadium Miri pada Ahad ini.
Saingan liga musim ini menyaksikan skuad Kotaras City FC terus unggul di persada liga dengan mengumpul 12 mata, memberikan mereka kelebihan berbanding pasukan lain dalam perebutan kejuaraan.
Pesaing terdekat mereka, Upai Semaring FC yang mengalami satu kekalahan mengumpul 10 mata terus mengekori di tangga kedua.
Enam pasukan terlibat dengan format liga secara round robin. Juara akan menerima wang tunai RM5,000 serta piala dan pingat.
Penyerang Kotaras City terus unggul dalam senarai penjaring terbanyak liga musim ini.
Selepas empat perlawanan, M. Haisal Yusuf telah meledak lapan gol, diikuti Ahnaf Danish Farihin dari Bard’s 78 FT di tempat kedua dengan empat gol.
Sementara itu, Donmeon Doreen dari Upai Semaring turut mencatat empat gol dan berada di tangga ketiga.
Naib juara akan menerima wang tunai RM3,000 selain piala dan pingat serta wang tunai RM1,000 termasuk piala dan pingat untuk pasukan tempat ketiga.
Liga Miri 2025 yang merupakan aktiviti tahunan pihak Persatuan Bola Sepak Bahagian Miri (2009).
Kredit Photo : Lijo Media