BERDEPAN pasukan yang mengejutkan Argentina, pasti wujud perasaan yang sukar diungkapkan dalam pemain Poland.
Pasukan itu seri tanpa jaringan dengan Mexico dalam aksi pertama kumpulan C, manakala Arab Saudi menang 2-1 ke atas Argentina, selasa lalu.
Kejutan Arab Saudi ke atas Argentina, Selasa lalu boleh berulang sekali gus menepis ramalan yang memihak Poland, ditambah kepincangan wakil Eropah itu ketika berdepan Mexico.

Robert Lewandowski pada sesi latihan selepas seri tanpa jaringan dengan Mexico dalam kempen Piala Dunia Qatar 2022.
Berdasarkan statistik, Robert Lewandowski yang menjadi tonggak mereka, tidak pernah menjaringkan gol di Piala Dunia, dan gagal menyempurnakan penalti.
Arab Saudi pula, sebuah pasukan kedudukan kedua ranking paling rendah dalam kejohanan kali ini di atas Ghana, menyasarkan layak ke pusingan 16 terbaik buat kali kedua selepas disingkirkan Sweden pada 1994.
Bagi Poland pula, kemenangan penting bagi meningkatkan harapan mereka ke kelompok 16 terakhir buat pertama kali sejak 1986.
“Keputusan ini tidak tidak mengurangkan peluang kami untuk layak, sama seperti Mexico,” kata jurulatih Poland, Czeslaw Michniewicz.

Pemain Poland berlatih dengan lebih santai menjelang pertemuan dengan Arab Saudi.
Bagaimanapun sebahagian pemain Poland tampak sudah berputus asa bagi menghadapi aksi terakhir kumpulan menentang Argentina, yang menambah tekanan buat mereka menewaskan Arab Saudi.
“Jika tidak meraih mata menjelang perlawanan ketiga, sudah pasti akan kalah,” kata penjaga gol, Wojciech Szczesny.
Arab Saudi sebaliknya, mendapat tonik tambahan daripada kejayaan pertama mereka pada aksi pembukaan Piala Dunia dengan pendahulu Kumpulan C itu akan melalui pertemuan menentang Poland dengan penuh optimis.- REUTERS