Select Page

Kump E : ” ‘Malapetaka sebenar’ Jerman di Piala Dunia” – Thomas Mueller

Kump E : ” ‘Malapetaka sebenar’ Jerman di Piala Dunia” – Thomas Mueller

DUA kali berturut-turut tersingkir di peringkat kumpulan, penyerang Jerman, Thomas Mueller anggap ia adalah ‘malapetaka sebenar’ di Piala Dunia.

Berbanding episod lalu, Jerman tewas 2-0 kepada Korea Selatan dalam perlawanan terakhir kumpulan F, kali ini berbeza, mereka berjaya membenam Costa Rica 4-2 namun menerima nasib sama, tersingkir dari Piala Dunia selepas Sepanyol tewas 2-1 kepada Jepun.

Menjelang perlawanan terakhir kumpulan, Sepanyol dan Jerman masing-masing menghimpun empat mata namun kedudukan ditentukan menerusi perbezaan jaringan.

Thomas Mueller mengucapkan selamat tinggal Piala Dunia 2022.

Keputusan itu menyaksikan Jepun yang muncul juara kumpulan akan menentang finalis 2018, Croatia di pusingan 16 terbaik manakala Sepanyol bertemu Maghribi.

“Sangat memeritkan buat kami kerana keputusan ini sepatutnya sudah cukup (layak ke pusingan seterusnya),” kata Mueller.

“Kami rasa tidak berdaya.”

Mueller adalah sebahagian daripada skuad yang memenangi Piala Dunia 2014 dan turut berada dalam skuad yang tersingkir awal pada edisi 2018 di Russia. – AFP

Video Terkini

Loading...