Select Page

Liga Juara-Juara : The Blues perlu menang

Liga Juara-Juara : The Blues perlu menang

CHELSEA perlu memenangi pertembungan menentang Borussia Dortmund dalam aksi pertama peringkat 16 terakhir pada awal pagi Khamis seandainya mengimpikan kejuaraan Liga Juara-Juara (UCL).

Saranan ini disuarakan Joao Felix yang menegaskan skuad bimbingan Graham Potter perlu meraih keputusan positif pada aksi di Signal Iduna Park.

Felix menyedari kemenangan ke atas Dortmund mampu membuka peluang kepada Chelsea untuk kembali meraih tempat di pentas Eropah.

Pemain berusia 23 tahun itu berkata, fokus sekarang kepada perlawanan seterusnya dan aksi paling penting selepas ini.

“Ia adalah Liga Juara-Juara, kejohanan yang kami mahu menangi dan ia perlu milik kami,” ujarnya.

Felix dipinjamkan ke Chelsea dari Atletico Madrid musim ini dengan The Blues dijangka membayar gergasi Sepanyol itu sekitar 9 juta pound  (RM47.56 juta) untuk tempoh enam bulan bagi mendapatkan pemain Portugal itu.

 

Video Terkini

Loading...